Irfan, Stuart Wilkin & 5 Pemain Muda Bersama Sabah FC

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU : Sabah FC mengumumkan tujuh lagi pemain baharu bagi membantu skuad Badak mengharungi saingan Liga Super musim depan.

Ia termasuklah dua pemain yang dipinjamkan daripada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohd Irfan Fazail dan Stuart John Wilkin.

Kedua-dua pemain itu akan menyertai skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee secara pinjaman selama setahun.

Irfan sebelum ini merupakan antara pemain yang turut sama memenangi Pingat Emas Sukan SEA 2011 bersama pasukan Kebangsaan yang ketika itu dikendalikan oleh Datuk Ong Kim Swee.

Beliau bertindak selaku ‘Playmaker’ dan pernah menarik perhatian Kelab berpengkalan di Slovakia iaitu FC Vion dan sempat melakukan beberapa penampilan.

Manakala pemain muda berdarah kacukan Malaysia dan England, Stuart Wilkin menandatangani kontrak bersama pasukan JDT untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Sepanjang musim ini, beliau beraksi sangat konsisten bersama pasukan JDT II dan beraksi di posisi sayap dan merupakan produk daripada akademi Southampton FC.

Sementara itu, lima lagi pemain muda yang diumumkan seterusnya mengikat kontrak bersama Sabah FC iaitu Gerald Gadit; Abdul Hanafie Tokyo Abdul Hasim; Mohammad Ramzi Mustakim; Mohamad Sahrizan Saidin dan Mohd Nureizkhan Isa Japar yang sebelum ini bermain bersama pasukan Piala Presiden B22 Sabah FC.

Turut diumumkan pemain muda Harith Naem Jaineh yang sebelum ini bermain dengan pasukan Selangor FC U19.

Kesemua mereka diumumkan melalui laman Facebook Rasmi Sabah FC baru-baru ini.

Sebelum ini, Sabah FC turut mengumumkan bekas kapten Kedah Darul Aman (KDA) FC Baddrol Bakhtiar dan pemain kebangsaan Dominic Tan.

Turut disenaraikan dua lagi pemain antaranya bekas pemain UiTM FC Dirga Surgi dan pemain kelahiran Labuan Mohd Afiq Yunus @ Apeng.

Skuad Badak turut mengikat Rawilson Batuil dan Nazirul Naim Che Hashim selain penyerang Sabah FC Mohd Amri Yahyah dan N Thanabalan yang turut disambung kontrak bagi musim depan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *