150 Kanak-Kanak Sertai Majlis Berkhatan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 6 Second

PUTATAN: Seramai 150 orang kanak-kanak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat menyertai Majlis Berkhatan beramaiu-ramai sempena cuti persekolahan.

Majlis yang dianjurkan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Tanjung Keramat itu diadakan di Masjid Daerah Putatan dan disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat Datuk Ir Shahelmey Yahya disini semalam.

Shahelmey berkata, majlis itu berupaya menjadi satu wadah mengerat hubungan silaturahim antara masyarakat setempat.

Katanya, selain itu, program tersebut turut dilihat dapat membantu golongan ibu bapa melaksanakan tuntutan agama kepada anak-anak mereka.

“Kali ini kita mensasarkan seramai 150 orang peserta akan menyertai majlis berkhatan ini termasuklah dari Kem Lok Kawi yang berada dalam kawasan Tanjung Keramat.

“Usaha ini adalah untuk kita sama-sama meringankan beban keluarga dalam membiayai kos program atau operasi berkhatan bagi kanak-kanak lelaki yang meningkat dewasa yang ada di kawasan Tanjung Keramat dan daerah Putatan secara amnya,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah berharap anjuran program ini akan memberi impak yang positif kepada masyarakat setempat di Putatan.

“Adalah menjadi harapan saya bahawa program sosial anjuran UPPM Tanjung Keramat akan memberi impak positif kepada masyarakat setempat yang ada dalam kawasan Tanjung Keramat dan juga daerah Putatan secara amnya,” katanya.

Program berkhatan kali ini merupakan yang kedua kali dianjurkan semenjak beliau menjadi wakil rakyat Tanjung Keramat hujung tahun lalu.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *