HomeUtamaSistem Pendawaian Premis Perlu Ikut Akta: Suruhanjaya Tenaga

Sistem Pendawaian Premis Perlu Ikut Akta: Suruhanjaya Tenaga

Read Time:1 Minute, 47 Second

KOTA KINABALU: Sistem pendawaian bagi setiap premis perlu dipasang mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447} dan Peraturan-Peraturan Elektrik, serta mematuhi keperluan teknikal standard yang ditetapkan Suruhanjaya Tenaga (ST).

Pengarah Kawasan ST Pantai Barat Sabah Jefrey Nuri berkata, hal demikian adalah penting kerana risiko untuk kemalangan yang mampu meragut nyawa sangat tinggi sekiranya pemasangan yang dilakukan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

“Kita hendak mengelakkan berlakunya sebarang kemalangan dan kecelakaan yang mampu meragut nyawa dan kerana itu sebarang pemasangan yang berkaitan dengan tenaga dan pendawaian, perlu mengikut spesifikasi dan undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa hadir dalam Program Touchpoint ST di Karambunai hari ini.

Jelas beliau lagi, ST sentiasa berusaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahayanya pemasangan sistem pendawaian secara haram.

“Selain itu, kita juga giat dalam usaha kita untuk memperbanyakkan program berbentuk Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), seperti mana yang kita lakukan hari ini di sini yang melibatkan dua buah dewan masyarakat dan sebuah masjid.

“Melalui program ini, kita menjalankan kerja-kerja penambahbaikan bagi sistem pendawaian sedia ada yang using dan kita turut menjalankan kerja pemasangan sistem pendawaian baru bagi premis yang belum mempunyai bekalan elektrik.

“Kita menjalankan kerja-kerja pemasangan sistem pendawaian dengan kakitangan dan kontraktor elektrik yang berdaftar dengan ST,” katanya lagi.

Tambah beliau lagi, kerja-kerja penambahbaikan itu telah mulai dilakukan sejak November lepas.

“Kita mula melakukan kerja penambahbaikan dengan Peranti Arus Baki (PAB) pada papan agihan (distribution board) yang kita dapati tidak menepati standard piawaian ST dan kita menggantikan dengan yang sewajarnya.

“Kita semua mesti faham dan sedar bahawa pemasangan alat perlindungan PAB yang sesuai dan berkesan untuk pengguna mampu menyelamatkan dan mengurangkan risiko berlakunya kejadian yang tidak diingini.

“Kita mahu melindungi pengguna daripada terlibat dengan kemalangan yang tidak diduga seperti terkena renjatan elektrik apabila terdapat kebocoran arus atau litar pintas,” ujar beliau lagi.

“ST turut berharap agar masyarakat lebih berhati-hati ketika musim banjir bagi mengelakkan kemalangan elektrik yang boleh menyebabkan kecederaan dan lebih buruk lagi membawa maut .

Sebelum menghidupkan semula suis utama pada papan agihan, pastikan pendawaian dan pembumian rumah diperiksa, dibaiki dan diuji oleh kontraktor elektrik dan disahkan selamat oleh pendawai elektrik yang berdaftar dengan ST,” tegas beliau

RELATED ARTICLES
Utama

Crisnanalina terima bantuan kewangan dari ADUN Sugut untuk lanjut pengajian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular