HomeIsu tempatan7,000 Bakul Makanan Diagihkan Kepada Penduduk Terjejas Banjir Di Beluran

7,000 Bakul Makanan Diagihkan Kepada Penduduk Terjejas Banjir Di Beluran

Read Time:1 Minute, 13 Second

BELURAN: Sebanyak 7,000 bakul makanan diagihkan Pejabat Parlimen Beluran kepada penduduk terjejas banjir disini bagi meringankan beban penduduk yang terlibat

Agihan bakul makanan yang dilaksanakan menerusi MAFI Prihatin dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) itu dilakukan bermula Sabtu lalu di kampung-kampung yang terjejas banjir khususnya di Daerah Kecil Paitan, Telupid dan Beluran.

Pengagihan bantuan makanan tersebut dibuat dengan kerjasama pasukan keselamatan seperti Polis, Bomba, Tentera, Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), RELA, petugas kesihatan dan sukarelawan.

Turut membantu mengagihkan bakul makanan itu adalah Srikandi dan Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Beluran.

Di kawasan Paitan, agihan bakul makanan di kampung-kampung yang terjejas antaranya di Sungai-Sungai, Pamol, Golong, Kokos, Botition, Basai, Gana Jati, Kampung Tagas-Tagas dan Rungus.

Di Telupid, antaranya di Kampung Berayong, Nangoh dan Ulu Sapi, manakala di kawasan daerah Beluran membabitkan kampung Klagan Jaya, Klagan Baru, Balaban, Ranpek, Piuludan, Muanad 1, Muanad 3 dan Manduring.

Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Samad Jambri berkata sebahagian bakul makanan tersebut diagih awal pada Sabtu lalu di beberapa kampung yang dinaiki air banjir di Beluran, Telupid dan Paitan.

Bagi kampung yang terputus hubungan akibat jalan raya dinaiki air, agihan bakul makanan dilakukan dengan menggunakan bot dan kereta pacuan empat roda termasuk dengan kerjasama pemimpin masyarakat dan penduduk kampung.

Samad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labuk berkata, pihaknya akan memastikan agihan bantuan bakul makanan itu sampai kepada mana-mana penduduk kampung yang terkesan banjir bagi memastikan keperluan makanan mereka mencukupi.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

FSSK UMS jayakan seminar pergerakan kesatuan sekerja di Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular