HomeUtamaPelepasan Air Sungai Hidro Pangi Bukan Penyebab Banjir Di Beaufort, Tenom

Pelepasan Air Sungai Hidro Pangi Bukan Penyebab Banjir Di Beaufort, Tenom

Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU: Pelepasan air melalui Stesen Janakuasa Hidro Tenom Pangi milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) bukan penyebab berlaku banjir di daerah Beaufort dan Tenom.

Malah stesen itu telah direka berkonsepkan penggunaan aliran sungai (Run-of-River- Scheme) untuk menjana tenaga elektrik dan tidak melalui sistem empangan.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Datuk Ir Abdul Nasser Abdul Wahid berkata, stesen itu beroperasi menggunakan kaedah mengalihkan aliran air sungai menerusi terowong sehingga ke tarbin hidro di stesen janakuasa.

“Ia adalah bagi tujuan pengoperasian stesen dan jumlah air yang dialihkan tersebut adalah sama dengan jumlah air yang dilepaskan semula ke sungai,” katanya.

Video tular di media sosial

Beliau berkata demikian bagi mengulas sebuah video yang tular kononnya empangan Pangi dibuka pada 4 Januari lalu menyebabkan akan berlaku banjir di Beaufort.

Abdul Nasser berkata, Diverson Water Gate (DGW) yang menyerupai sebuah empangan dibina di stesen tersebut adalah merupakan struktur pagar direka untuk mengalihkan laluan air sungai untuk penjanaan tenaga elektrik.

Akan tetapi katanya, apabila paras air sungai meningkat dan aliran sungai berlebihan maka pihak SESB akan membuka DWG tersebut dan melepaskan lebihan air secara semula jadi ke sungai.

“DWG ini akan dibuka secara berperingkat bagi pengaliran masuk air ke sungai dan pihak SESB juga sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa tempatan bagi tujuan pemakluman pembukaan pintu pagar DWG tersebut.

“SESB berharap kenyataan ini dapat menjelaskan keadaan sebenar dan ingin memberi jaminan bahawa keselamatan semua pihak adalah merupakan keutamaan SESB di dalam pengoperasian Stesen Janakuasa Hidro Tenom Pangi yang telah beroperasi sejak 1980an lagi dan telah berjaya memanfaatkan sumber tenaga lestari untuk membekalkan tenaga elektrik ke Grid Sabah,”katanya.

Dalam pada itu, beliau memberikan nasihat kepada penduduk daerah Beaufort dan Tenom untuk menghubungi SESB melalui SESB Careline 15454 atau 088- 515000 atau melalui aplikasi Whatsap 019- 852 5427 untuk sebarang pertanyaan mengenai penutupan bekalan ketika musim banjir melanda daerah itu.

RELATED ARTICLES
Utama

UMS utamakan kebajikan pelajar, sedia bantu Crisnanalina daftar pengajian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular