HomeIsu tempatan43 Mangsa Kebakaran Terima Bantuan

43 Mangsa Kebakaran Terima Bantuan

Read Time:1 Minute, 17 Second

PENAMPANG: Seramai 43 mangsa yang terlibat dalam bencana kebakaran rumah di Kampung Suok Batu, Kapayan mendapat perhatian dari pihak yang prihatin dan menerima beberapa sumbangan hari ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Siti Zailah Mohd Yusoff bersama Ketua Bahagian Kapayan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Jafery Jomion tampil menyampaikan sumbangan bantuan berbentuk bakul makanan, pakaian dan wang ihsan kepada mangsa terbabit.

Jafery turut memberikan penerangan kepada Siti Zailah terhadap keadaan mangsa serta bantuan yang disalurkan kepada mereka termasuk disediakan makanan bermasak selama tiga hari selepas kejadian.

“Mangsa tersebut seterusnya akan disediakan peralatan memasak supaya dapat meneruskan kehidupan selepas bencana yang melanda mereka,” katanya selepas mengiringi Siti Zailah melawat mangsa yang terjejas akibat kebakaran di Dewan Kampung Kibouvang, Kapayan, hari ini.

Sehubungan dengan itu, Jafery juga memohon supaya Siti Zailah mempertimbangkan untuk menyediakan penempatan sementara kepada semua mangsa berkenaan.

“Diharap semua mangsa ini diberikan tempat perlindungan yang lebih sesuai atau seperti rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) berbayar dengan bayaran sewa yang lebih rendah.

“Ini bagi memastikan supaya mangsa dapat meneruskan kehidupan mereka seperti biasa selepas ini,” tambah Jafery.

Hadir sama dalam lawatan itu, Ketua Penerangan Pas Bahagian Putatan, Zulzaim Hilmee; Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kapayan, Lu Yen Tung, Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah, Muhammad Akmal Othman; Pegawai Penerangan Bahagian STAR, Freddy Ekol dan beberapa ahli jawatankuasa STAR.

Mangsa-mangsa yang menerima sumbangan hari ini ialah mangsa yang terjejas dalam bencana kebakaran melibatkan empat buah rumah dan turut terbakar lima buah kenderaan di Kampung Suok Batu, Kapayan semalam.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

NDRC UMS perluas kerjasama peringkat antarabangsa dalam pengurusan bencana

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya