HomeUtamaCOVID-19 : Kes Jangkitan Di Sabah Turun 50 Kes

COVID-19 : Kes Jangkitan Di Sabah Turun 50 Kes

Read Time:39 Second

KOTA KINABALU : Kes jangkitan COVID-19 di Sabah terus menurun pada hari ini dengan jumlah kumulatif harian sebanyak 163 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah itu menurun sebanyak 50 kes lebih rendah berbanding semalam.

“Jumlah kes baharu adalah rendah di kebanyakan daerah dengan 16 daerah mencatat kes satu angka sahaja iaitu antara satu hingga tujuh kes.

“Tidak ada kes baharu di tujuh daerah. Hanya empat daerah mencatat kes harian dua angka, Kota Kinabalu 50 (+3), Penampang 34 (+16), Ranau 20 (+9) dan Putatan 13 (-2),”katanya.

Katanya, sebanyak 161 daripada 163 kes baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, satu kes dalam Kategori 3 dan juga satu kes lagi dalam Kategori 4.

“Tidak ada pesakit dalam Kategori 5,”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular