Sabah Miliki Kelebihan Promosi Kerjasama Ekonomi

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 47 Second

KOTA KINABALU : Sabah memiliki kelebihan apabila berada di barisan hadapan dalam mempromosi kerjasama ekonomi yang lebih erat khususnya di Kawasan Pertumbuhgan Asean Timur – Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina (BIMB-EAGA).

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ini kerana negeri ini terletak di tengah-tengah lokasi strategik Asia Tenggara.

“Melalui kerjasama subrantau ini, Sabah berada di barisan hadapan dalam mempromosikan kerjasama ekonomi yang lebih erat.

“Sabah akan memainkan peranannya untuk memastikan kejayaan pelan kebangkitan semula antaranya pembangunan Koridor Ekonomi BIMP-EAGA,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama Sidang Kemuncak Ekonomi dan Perniagaan Antarabangsa Sabah (SIBES) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) disini hari ini.

Caption Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor (tengah) diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong bergambar dengan barisan penaja korporat dan penaja bersama pada Majlis Perasmian Sabah International Business and Economic Summit (SIBES) 2022, di Sabah International Convention Centre (SICC), di sini, hari ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor (tengah) diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong bergambar dengan barisan penaja korporat dan penaja bersama pada Majlis Perasmian Sabah International Business and Economic Summit (SIBES) 2022, di Sabah International Convention Centre (SICC), di sini, hari ini.

Hajiji berkata, negeri ini turut dilengkapi dengan kemudahan bagi menyokong aktiviti ekonomi termasuk kerjasama berkaitan pembangunan tenaga serantau dengan negeri dan negara jiran.

“Perjanjian Pertukaran Tenaga Sabah – Sarawak 275 kV Interconnection yang menyokong Grid Borneo dan menjadi pelengkap kepada Projek Sambungan Grid Tenaga Trans Borneo Sarawak–Kalimantan Barat dimana kedua-duanya penting kepada projek Grid Tenaga ASEAN.

“Ini akan meningkatkan sistem bekalan tenaga di Sabah. Bekalan elektrik yang stabil, selain air secara langsung akan meningkatkan pelaburan domestik dan asing selain daripada menyokong pertumbuhan industri pembuatan dan sektor huluan,” katanya.

Tambahnya, ia juga akan mewujudkan peluang pekerjaan dalam sektor industri berat dan ringan.

Sementara itu, Hajiji berkata, beliau mahu menjadikan negeri ini sebagai hab wilayah yang berpotensi untuk bidang pembuatan, maritim dan pengangkutan untuk negara maju dan membangun.

Katanya, Sabah juga akan mendapat manfaat daripada Kerjasama Ekonomi Komprehensif Wilayah yang berkuatkuasa awal bulan ini.

“Rancangan pemindahan ibu negara Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan Timur juga memberi petanda baik bagi negeri Sabah.

“Apabila semakin ramai orang dan ahli perniagaan berpindah ke Borneo, sudah tentu ia akan mengukuhkan lagi kedudukan kita dan mengembangkan aktiviti ekonomi.

“Pelabur tempatan dan asing akan mendapat akses ke sub wilayah ini dengan pasaran lebih 70 juta orang penduduk dan semakin berkembang,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *