HomeUtamaKerajaan Akan Terus Tarik Pelabur,Tingkat Ekonomi Sabah

Kerajaan Akan Terus Tarik Pelabur,Tingkat Ekonomi Sabah

Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan mempunyai hala tuju jelas bagi memastikan negeri ini terus membangun menerusi beberapa sektor utama selain berupaya menarik para pelabur bagi meningkatkan ekonomi Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ini kerana Sabah mempunyai sumber alam selain tanah yang luas untuk dibangunkan bagi menjana ekonomi negeri.

“Sebagai Ketua Menteri, saya mempunyai satu hala tuju yang jelas bagi memastikan Sabah akan terus membangun dimana negeri kita mempunyai sumber alam yang banyak, tanah luas dan berupaya menjana ekonomi.

“Selain itu, menerusi tiga sektor utama iaitu sektor pertanian, industri dan pelancongan juga akan dapat memberi peluang pekerjaan kepada rakyat kita

kita juga memberi peluang pekerjaan kepada rakyat kita dimana dalam tiga sektor utama iaitu sektor pertanian, industi dan pelancongan ianya mampu memberi peluang. 

“Sebab itulah saya berpendapat melalui Sidang Kemuncak Ekonomi dan Perniagaan Antarabangsa Sabah (SIBES) 2022 ini, Sabah akan dapat menarik lebih ramai pelabur-pelabur daripada dalam dan luar negara untuk melabur di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas hadir menyaksikan majlis menandatangani tiga Memorandum Persefahaman (MoU) diantara Kerajaan Negeri, Yayasan Sabah dan para pelabur sempena SIBES 2022 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) disini hari ini.

Hajiji berkata, melalui SIBES 2022 itu, kerajaan Sabah berupaya menawarkan kepada pelabur asing bagi membuat pelaburan mahupun pembangunan di negeri ini.

“Sebagai mana yang kita sedia maklum, setiap projek yang dilaksanakan ianya berupaya menjana ekonomi Sabah dan sudah tentu akan memberi peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah tanpa perlu ke luar negeri seperti Johor Bahru mahupun luar negara,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya