Sembilan mangsa bot karam di Semporna berjaya diselamatkan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:48 Second

SEMPORNA: Sembilan individu termasuk lima kanak-kanak mengalami detik cemas selepas bot yang dinaiki karam di perairan berhadapan jeti pelancongan, di sini pagi tadi.Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, kesemua mangsa terbabit dalam perjalanan ke Kampung Bangau-Bangau menggunakan sebuah bot.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Atas Air Semporna, Faisal Ahmad berkata pihaknya mendapat laporan daripada pengurus jeti pelancongan berkenaan kejadian itu.

“Susulan itu, lima anggota dan pegawai bersama sebuah bot kevlar bergegas ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.“Sebaik tiba, terdapat sembilan mangsa termasuk lima kanak-kanak berpaut pada bot mereka yang sudah terbalik dipercayai dipukul ombak,” katanya ketika dihubungi media,hari ini.

Katanya, pasukan bomba bersama orang awam bertindak menyelamatkan kesemua mangsa sebelum dibawa ke daratan.

“Setakat ini belum ada maklumat mangsa diperolehi, namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan lokasi kejadian selamat sebelum operasi ditamatkan pada jam 10.39 pagi,” katanya. – Awani

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *