HomeUtamaCOVID-19 : Kluster Jalan Bypass Kologon Di Kesan Di Ranau

COVID-19 : Kluster Jalan Bypass Kologon Di Kesan Di Ranau

Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU : Sabah merekodkan satu lagi kluster membabitkan Institusi Pendidikan yang dikesan di daerah Ranau membabitkan seorang pelajar asrama perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kundasang pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Jalan Bypass Kologon itu tercetus apabila kes indeks yang berusia 16 tahun mula bergejala pada 17 Januari lalu dan disahkan positif COVID-19.

“Kes indeks mula mula bergejala pada 17 Januari lalu dan  kemudian melakukan ujian kendiri dan disahkan positif melalui saringan PCR.

“Saringan keatas kontak rapat yang melibatkan 70 orang telah dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dan setakat ini enam lagi pelajar dari rakan sebilik turut didapati positif,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, kesemua pesakit adalah dalam Kategori 1 dan 2 sahaja dan telah diasingkan serta diberi rawatan yang sesuai.

Sementara itu, Masidi berkata, kes jangkitan COVID-19 di Sabah hari ini kembali meningkat setelah turun 80 kes semalam berbanding sebelumnya menjadikan jumlah kes baharu hari ini naik kepada 218 kes iaitu 42 kes lebih tinggi berbanding semalam.

Katanya, sembilan daerah mencatatkan kes dua angka hari ini, antaranya ialah Tuaran 37 kes (+22), Kota Kinabalu 34 kes (-7), Sandakan 21 kes (+9), Penampang 19 kes dan Putatan 17 kes (+13).

“Sejumlah 12 daerah lagi mencatatkan kes satu angka dan enam daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu.

“Seramai 215 orang daripada 218 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, dan tiga orang dalam Kategori 3. Tidak ada pesakit dalam Kategori 4 dan 5,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya