HomeIsu tempatanBeza Budaya, Bahasa Bukan Penghalang Masyarakat Bangunkan Negeri

Beza Budaya, Bahasa Bukan Penghalang Masyarakat Bangunkan Negeri

Read Time:1 Minute, 33 Second

KUALA PENYU :  Perbezaan budaya dan bahasa bukan penghalang untuk masyarakat bekerjasama dalam membangunkan negeri.

Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Limus Jury berkata, keunikan budaya dan pelbagai perayaan yang dirai Keluarga Malaysia itu sebaliknya menjadi asas perpaduan negara dengan amalan rumah terbuka.

“Sabah mempunyai lebih daripada 30 kumpulan etnik terus menikmati kemakmuran dan semua pihak perlulah mempertahankan perpaduan dan toleransi dalam kalangan masyarakat.

“Perayaan Krismas dan Tahun Baru Cina seperti juga perayaan lain, membuktikan bahawa negara kita Malaysia sentiasa mengamalkan toleransi agama, keharmonian budaya dan semangat perpaduan yang kukuh.

“Malah, amalan rumah terbuka bagi perayaan-perayaan di negara ini sudahpun menjadi tradisi untuk saling berkunjung dengan semangat perpaduan dan persahabatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perayaan Krismas, Gong Xi Fa Cai, Tamat Latihan Industri dan Anugerah Khidmat Cemerlang Pejabat Daerah Kuala Penyu di sini, semalam.

Limus yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu berkata, beliau berharap masyarakat akan menggunakan kesempatan menyambut perayaan bagi menyuburkan lagi perpaduan dan keharmonian antara kaum dengan pematuhan prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan.

 “Saya berharap melalui sambutan perayaan-perayaan seperti ini, kita dapat melupakan perbezaan yang wujud di antara kita dari segi fahaman agama, politik serta adat resam demi mengukuhkan lagi keharmonian rakyat,” katanya.

Mengulas mengenai majlis itu, beliau memuji usaha pejabat yang diketuai Pegawai Daerah, Sebastian Ingkim dalam penyatuan masyarakat dan penjimatan kos penganjuran.

“Syabas dan tahniah atas penganjuran program ini kerana selain menyatukan masyarakat, kita juga berjaya menjimatkan kos penganjiran apatah lagi pada masa kita masih lagi berhadapan pelbagai cabaran akibat pandemik Covid-19,” katanya.

Pada majlis berkenaan, Limus menyampaikan sijil penghargaan kepada para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2021, Florence Iten dan Rosli Muslim.

Turut disampaikan, cenderahati kepada Penolong Pegawai Daerah, Djamaludin Kamarudin yang bertukar ke Pejabat Daerah Beaufort dan cendera kenangan kepada pesara UPPM, Md Justin Mais.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya