RELA Malaysia Harap NGO Sentiasa Jalin Kerjasama Laksana Program Kemasyarakatan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 15 Second

PAPAR : Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) berharap badan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara dapat membantu dan bekerjasama dengan agensi itu dalam melaksanakan program-program kemasyarakatan.

Ketua Pengarah RELA Malaysia Datuk Yahya Sulaiman berkata, ia termasuklah melalui program Bakti RELA dan aktiviti gotong-royong.

“Bagi pihak RELA Malaysia, saya berharap agar semua NGO di seluruh Malaysia dapat memberi kerjasama dan membantu RELA dalam menjayakan program-program bakti seperti ini.

“Sebagai contoh, pihak RBI 20 @ GARIN telah banyak membantu RELA di daerah Papar dalam berkolaraborasi bagi sesuatu program dan menyumbangkan aset-aset penting untuk digunakan oleh anggota RELA ketika program Bakti mahupun bencana yang tidak dijangkakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Bakti dan gotong-royong membersihkan tanah perkuburan Islam Pengkalan Besar Kampung Melugus, Papar disini baru-baru ini.

Pada program itu, seramai 103 anggota RELA daerah Papar terdiri daripada mukim Limbahau, Mukim Kawang, Mukim Pengalat, Mukim Benoni Papar, Mukim Kimanis dan Mukim Bongawan telah terlibat dalam program berkenaan.

Hadir sama, Pengarah RELA Sabah Mohammad Pauzi Jhumat; Penaung RBI20 @ GARIN ( NGO ) Daerah Papar Redzuan Ismail dan Pengerusi Tanah Perkuburan Pengkalan Besar Awang Aming.

Yahya turut berharap program berkenaan akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

Program khidmat bakti RELA merupakan salah satu KPI RELA Malaysia di mana RELA daerah Papar mengadakan sekurangnya 12 siri program dalam setahun.

Salah satu program khidmat bakti RELA adalah aktiviti bergotong-royong bersama komuniti, pihak NGO, AJK Tapak perkuburan dan warga kampung.

Program bertujuan untuk mendekati dan menyantuni masyarakat setempat dengan berkerjasama mengadakan aktiviti kemasyarakatan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *