HomeUtamaCOVID-19 : Kes Jangkitan Terus Catat Peningkatan, Tertinggi Dilaporkan Di Sabah

COVID-19 : Kes Jangkitan Terus Catat Peningkatan, Tertinggi Dilaporkan Di Sabah

Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU : Kes jangkitan COVID-19 di Sabah terus mencatat peningkatan dengan jumlah sebanyak 4,374 kes dilaporkan hari ini dengan peningkatan sebanyak 339 kes berbanding semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah itu merupakan angka tertinggi yang pernah dicatatkan di Sabah.

Katanya, dengan mengambilkira peratusan jangkitan sporadik hampir 63 peratus daripada jumlah keseluruhan, jumlah kes baharu dijangka akan terus naik dalam masa terdekat.

“Kota Kinabalu kekal dengan angka tertinggi iaitu 752 kes (-158), diikuti oleh Sandakan 647 kes (+151), Tuaran 388 kes (kekal), Penampang 385 kes (+60), Tawau 256 kes (-72), Putatan 241 kes (+41), Papar 233 kes (-30), Lahad Datu 196 kes (+7), Ranau 158 kes (+29), Beaufort 158 kes (+24), Keningau 144 kes (+38), Kota Belud 123 kes (+17) dan Kota Marudu 116 kes (+32).

Sebanyak 13 daerah merekodkan kes tiga angka manakala 12 daerah mencatat kes dua angka dan dua daerah mencatat kes satu angka.

Katanya, kebanyakan daerah di negeri ini mencatatkan peningkatan jumlah kes berbanding semalam.

“Hampir 12 peratus daripada jumlah jangkitan baharu hari ini melibatkan kanak-kanak dibawah umur 11 tahun.

“Seramai 208 pesakit kanak-kanak berumur kurang daripada lima tahun yang belum layak diberi vaksin dan 314 pesakit lagi berumur antara lima hingga 11 tahun yang sudah layak menerima vaksin.

“Adalah diharapkan semua kanak-kanak yang sudah layak diberi vaksin mendapatkannya dengan kadar segera bagi memberi perlindungan maksimum kepada mereka daripada jangkitan atau kesan serius daripada jangkitan virus,” katanya.

Katanya, sejumlah 99.45 peratus atau 4,350 daripada 4,374 kes adalah dalam Kategori satu dan dua.

“Terdapat tujuh kes dalam Kategori tiga, sepuluh kes dalam Kategori empat dan tujuh kes dalam Kategori lima,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya