HomeUtamaCOVID-19 : Kluster Tembok Kembali Dilaporkan Di Sabah

COVID-19 : Kluster Tembok Kembali Dilaporkan Di Sabah

Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU : Sabah kembali merekodkan dua kluster baharu melibatkan pusat tahanan dan institusi pendidikan masing-masing dilaporkan di Kota Kinabalu dan Kota Belud pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, dua kluster yang diisytiharkan adalah Kluster Tembok Kota Kinabalu 2 di Kota Kinabalu dan Kluster Jubi Tambulion di Kota Belud.

“Kluster Tembok Kota Kinabalu 2 adalah kluster pusat tahanan di Penjara Kepayan, Kota Kinabalu dan melibatkan banduan dan kakitangan di Penjara Kepayan.

“Kes indeks merupakan seorang banduan warganegara lelaki berusia 27 tahun yang bakal dibebaskan,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, saringan terhadap semua kontak rapat telah mendapati 103 orang lagi dikalangan banduan dan kakitangan penjara didapati positif, menjadikan jumlah keseluruhan 104 kes positif setakat hari ini.

Katanya, semua pesakit telah diasingkan dan diberikan rawatan selanjutnya manakala kontak rapat yang tidak bergejala juga telah diberikan perintah kuarantin.

Sementara itu, Masidi berkata, bagi Kluster Jubi Tambulion di Kota Belud melibatkan pelajar di Asrama Jubilee Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tambulion.

Katanya, kes indeks merupakan seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun yang dikesan positif melalui saringan bergejala pada 12 Februari.

“Saringan terhadap kontak rapat yang terdiri daripada rakan sebilik dan rakan sekelas telah mendapati lebih ramai yang positif menjadikan jumlah keseluruhannya  22 kes positif, setakat hari ini.

“Semua kes telah diasingkan dan diberikan rawatan selanjutnya manakala kontak rapat tidak bergejala juga telah diberikan perintah kuarantin,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pindaan Ordinan Buruh Sabah diluluskan selepas 20 tahun

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular