HomeIsu tempatanPBSMM Sabah Anjur Program Derma Darah Hujung Minggu Ini

PBSMM Sabah Anjur Program Derma Darah Hujung Minggu Ini

Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU : Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) Sabah akan menganjurkan program derma darah pada setiap hujung minggu bermula Jumaat ini sehingga penghujung Mac depan.

Pengerusi PBSMM Sabah Datuk Asnan Yunus Chung berkata, program yang diadakan setiap Jumaat,Sabtu dan Ahad itu akan diadakan di Ibu Pejabat Bulan Sabit Merah Malaysia Sabah bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.

“Program derma darah ini diadakan adalah bertujuan untuk membekalkan bekalan darah yang mencukupi pada setiap minggu untuk kegunaan pihak hospital.

“Ianya juga adalah bagi mengelakkan sebarang kelewatan pembedahan dan transfusi darah kepada pesakit thalasemia yang telah dirancang seperti dalam jadual,”katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Asnan berkata, pada ketika ini banyak penganjuran derma darah di luar telah ditunda dan dibatalkan berikutan kes positif COVID-19 yang semakin tinggi dan meningkat.

“Bagi mengelakkan kekurangan bekalan darah di hospital, maka pihak kami telah mengambil inisiatif dan langkah yang lebih awal untuk membantu pihak hospital sebelum keadaan menjadi lebih kritikal,”katanya.

Sementara itu, Asnan berkata, program derma darah itu dianjurkan bersama Majlis Masyarakat Sabah, Majlis Belia Sabah dan Unit Tabung Darah Hospital Queen Elizabeth 2 selain turut ditaja Malaysia China Chamber of Commerce Women Entrepreneurs of Sabah.

Orang ramai boleh menghubungi talian 013-9913119 untuk pertanyaan lebih lanjut.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya