HomeUtamaHishamuddin Positif Covid-19

Hishamuddin Positif Covid-19

Read Time:39 Second

CYBERJAYA — Menteri Kanan Pertahanan, Hishammuddin Hussein disahkan positif Covid-19.

Pejabat Menteri Kanan Pertahanan itu memaklumkan Hishammuddin telah menerima dos penggalak dan akan menjalani tempoh isolasi mengikut ketetapan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Beliau sememangnya menjalani ujian pengesanan Covid-19 jenis RT-PCR secara berkala selain turut kerap melakukan ujian pengesanan secara kendiri (self-test) melalui kaedah RTK Antigen.

“Kali terakhir beliau menjalani ujian pengesanan jenis RT-PCR dan mendapat keputusan negatif COVID-19 ialah pada Jumaat, 18 Februari 2022,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Hishammuddin Hussein akan terus memantau dan menjalankan tugas-tugasnya sepanjang tempoh isolasi.

“Marilah kita sama-sama mendoakan, semoga beliau dan setiap individu yang dijangkiti wabak Covid-19 ketika ini segera dikurniakan kesembuhan oleh Allah SWT seterusnya dapat kembali menjalani rutin harian seperti sediakala. InsyaAllah,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya