HomeIsu tempatanKYS Bantu Mangsa Kebakaran Di Kampung Landung Ayang Laut

KYS Bantu Mangsa Kebakaran Di Kampung Landung Ayang Laut

Read Time:34 Second

KUDAT: Sebanyak 176 buah keluarga yang terlibat dalam kebakaran di Kampung Landung Ayang Laut disini pada 16 Februari lalu menerima sumbangan daripada Kumpulan Yayasan Sabah (KYS).

Sumbangan itu disampaikan Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn Bhd Datuk Seri Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar yang diadakan di Dewan Masyarakat Tun Mustapha disini semalam.

Gulamhaidar berkata, penyerahan sumbangan itu adalah selaras dengan penubuhan KYS bagi menyumbang kepada kebajikan masyarakat khususnya yang ditimpa musibah.

“Tragedi ini berlaku tatkala masyarakat berdepan dengan ancaman pandemik COVID-19 yang berterusan.

“Kini mereka terpaksa berhadapan dengan ujian getir yang serius dan mencabar. Apabila tragedi melanda masyarakat seumpama ini, kita perlu bersama untuk membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia tahan bot lakukan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular