SAU Tewaskan IPD KK Dalam Perlawanan Persahabatan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU: Perlawanan persahabatan mempertemukan Sabah Artist United (SAU) menentang Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di Padang Sukma A Jumaat lalu menyaksikan SAU mencatatkan kemenangan sulung mereka.

Program yang sekian lama terhenti disebabkan Pandemik COVID-19 itu, kembali diaktifkan setelah mendapat respon positif daripada para penggiat seni Sabah, terutama mereka yang aktif dalam sukan.

Pelakon dan penggiat filem tempatan, Soley Maubil meledak gol pertama perlawanan dari jarak 30 meter, setelah menerima umpanan penyanyi sensasi S.Welly.

Keputusan kekal 1-0 sehingga tamat wisel separuh masa pertama.

Bermula babak kedua, SAU menambah dua lagi gol hasil jaringan penyanyi Rap Bajau, Asbow Daling-Daling, sebelum pihak lawan berjaya mendapat gol pertama mereka.

Sebelum tamat separuh masa kedua, SAU berjaya mendapat gol keempat, kali ini menerusi jaringan cantik oleh komposer dan penerbit lagu Momuhobo, Benn Simon Bukag, dari jarak kira-kira 15 meter, juga hasil umpanan bola oleh S.Welly.

Artis lain yang turut beraksi ialah penyanyi sensasi Maldini Sidney, Malvin Kalbin, Steve Johnny Mositun, Jay Jay Chrystie, Emjey Yassin, Ray Ohaa, dan jurufoto Freddy Au.

Sementara itu, artis baharu yang juga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), AJ Flee Zey, turut bermain bersama pasukannya, IPD KK.

Hadir sama membantu dari segi sumbangan cenderahati dan jersi ialah rakan artis yang juga jurufoto dan usahawan cetakan, Mahapson Mahap.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *