HomeUtamaDUN Sabah : Kerajaan Galak Ibu Bapa Daftar Anak Terima Vaksinasi Menerusi...

DUN Sabah : Kerajaan Galak Ibu Bapa Daftar Anak Terima Vaksinasi Menerusi PICKids

Read Time:2 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan menggalakkan ibu bapa mendaftarkan anak-anak mereka untuk menerima vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids) bagi memastikan keselamatan kanak-kanak terjaga.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) telah menyediakan Pusat Pengambilan Vaksin (PPV) untuk membantu mempercepatkan program vaksinasi khususnya remaja dan kanak-kanak.

“Program vaksinasi untuk kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun bagi Negeri Sabah telah bermula dari 3 Februari lalu. Kementerian saya melalui JKNS sedar bahawa vaksinasi untuk kanak-kanak telah bermula dengan agak perlahan disebabkan oleh beberapa kekangan.

“Antaranya adalah sikap ibu bapa yang mengambil sikap tunggu dan lihat dan juga penularan berita palsu mengenai risiko vaksinasi untuk kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Christina Liew (PKR-Api-Api) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Shahelmey berkata, kerjasama dari Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS); Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG); pengurusan sekolah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga amat diperlukan.

Katanya, pihak PIBG atau pengurusan sekolah juga digalakkan menyediakan jamuan ringan untuk menarik perhatian ibu bapa dan kanak-kanak semasa proses pemberian vaksin.

“Di samping itu terdapat inisiatif dari pihak yang terlibat menyediakan goodies bag dan maskot sebagai insentif untuk menarik perhatiandan menghibur kanak-kanak semasa di PPV.

“Pada masa ini sebanyak 183 PPV untuk PICKids telah dibuka di seluruh Sabah sama ada secara walk in atau temujanji,” katanya.

Sementara itu, Shahelmey berkata, penglibatan Kerajaan Negeri dalam meningkatkan pemberian vaksin kanak-kanak beumur lima hingga 11 tahun dan juga dos penggalak adalah dilakukan melalui beberapa kaedah.

Katanya, antaranya melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang memantau penerimaan dos penggalak dalam kalangan Perkhidmatan Awam Negeri.

“Selain itu, menggalakkan kakitangan awam di bawah Kerajaan Negeri untuk mendapatkan ‘booster dose’ dan membawa anak-anak mereka yang berusia lima hingga 11 tahun menerima vaksin bagi kanak-kanak.

“Mengadakan program pemimpin bersama rakyat bersama dengan program pemberian vaksin juga memberi kemudahan kepada penerima vaksin seperti pengangkutan ke PPV, membantu menyediakan peruntukan kewangan untuk pengoperasian PPV awam di daerah dan menganjurkan kempen vaksin, ‘booster dose’ dan PICKids diperingkat negeri,” katanya.

Dalam pada itu, Shahelmey berkata, sehingga 16 Mac lalu, seramai 332,103 orang remaja telah mengambil vaksin dos pertama bersamaan dengan 85.09 peratus berdasarkan denominator baru 2020.

Katanya, seramai 316,118 orang remaja telah lengkap divaksin bersamaan dengan 80.99 peratus.

“Pada masa yang sama hanya seramai 84,163 orang kanak-kanak yan telah mengabil vaksin dos pertama iaitu bersamaan dengan 19.95 peratus,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya