KKSK Semarak Khidmat CSR Melalui Tsunami TVET

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA BELUD:  Program Tsunami Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) mampu memperkasa potensi komuniti setempat. 

Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ruddy Awah berkata, program khidmat tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu dilaksanakan oleh Kolej Komuniti Sandakan (KKSK) bagi membantu mengembangkan potensi serta kemahiran masyarakat, di samping mempromosi fungsinya. 

“Program ini merupakan usaha yang baik dan mampu meninggalkan impak positif kepada masyarakat khususnya golongan sasar yang memerlukan.

“Selain CSR, KKSK bersama pelajar kolej juga berkesempatan memberi pendedahan mengenai kursus jangka pendek pendawaian elektrik kepada penduduk kampung,” katanya.

Beliau menyifatkan pelaksanaan program TVET berkenaan sebagai landasan tepat untuk mendekati dan membimbing masyarakat dengan menyediakan kemahiran yang dapat menjana pendapatan. 

“Usaha baik ini merupakan landasan yang tepat bagi membantu masyarakat terutama yang berada di luar bandar.

“Diharap kolej-kolej komuniti yang lain akan mencontohi usaha murni tersebut dan turut sama turun padang membantu masyarakat yang memerlukan dalam memberi pendidikan teknikal dan vokasional mengikut pengkhususan masing-masing,” katanya kepada media selepas merasmikan Program Tsunami TVET Kg Rampaian Laut dekat sini, semalam.

Tambah Ruddy, program terbabit juga dilihat mampu membina jati diri, kerjasama erat dan semangat berkumpulan di antara pelajar, pegawai dan komuniti setempat. Program empat hari tiga malam itu melibatkan penyertaan 22 orang penduduk kampung serta 26 pelajar KKSK dan turut dihadiri Timbalan Pengarah KKSK, Danielle David dan Ketua Kg Rampaian Laut, Juan Datu Samsul.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *