HomeUtamaDUN Sabah : Kerajaan Setuju Jawatan Ketua Menteri Dihadkan Dua Penggal

DUN Sabah : Kerajaan Setuju Jawatan Ketua Menteri Dihadkan Dua Penggal

Read Time:54 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri secara dasar telah meluluskan cadangan untuk menghadkan pelantikan jawatan Ketua Menteri kepada dua penggal.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir berkata, cadangan itu bagaimanapun perlu dibawa ke Mesyuarat atau Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.

“Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sebenarnya Jemaah Kabinet telah meluluskan cadangan ini pada dasarnya.

“Sekiranya kesemua Ahli-Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini bersetuju menyokong cadangan ini, kita akan bawa perkara ini di Mesyuarat atau Persidangan DUN akan datang untuk bertujuan memindah Perlembagaan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Ewon Benedick (UPKO-Kadamaian) pada persidangan DUN Sabah disini hari ini.

Abidin berkata, cadangan itu dilihat amat baik dan di peringkat Persekutuan juga sudah ada cadangan untuk menghadkan tempoh pelantikan Perdana Menteri.

Katanya, di negara-negara barat yang maju seperti di Amerika Syarikat dan juga negara-negara barat yang lain turut menghadkan tempoh pelantikan Presiden dan Perdana Menteri mereka masing-masing.

“Jadi saya tekankan di sini sekali lagi, sekiranya semua bersetuju dengan cadangan ini, kita akan bawa ke Persidangan DUN yang akan datang,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Elak motosikal keluar simpang, pemandu Toyota Hilux hilang kawalan langgar 5...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular