HomeIsu tempatanPengguna Diminta Berbelanja Secara Berhemat

Pengguna Diminta Berbelanja Secara Berhemat

Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU : Para pengguna diminta berbelanja dengan berhemat bagi mengelak pembaziran selain berjaga-jaga memandangkan keadaan ekonomi hari ini masih belum pulih ketika negara masuk pada fasa peralihan endemik.

Presiden Persatuan Pengguna Bijaksana Pantai Barat Sabah, David Chan berkata, pengguna khususnya umat Islam juga perlu mengelak pembaziran ketika membeli juadah berbuka puasa.

“Dalam keadaan baru masuk fasa peralihan endemik kita berharap keadaan ekonomi negara semakin pulih dan aktiviti sosial kembali rancak, semua pihak perlu kekalkan budaya berhemat ketika berbelanja.

“Belilah barangan keperluan sahaja, ingatlah masa depan kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang kerana jangkitan virus Covid-19 masih tinggi,” katanya dalam kenyatan medianya hari ini.

Beliau berkata, pembukaan sempadan kepada pelancong dan pengembara juga suatu rahmat kepada semua kerana Sabah akan dilimpahi semula dengan pelancong asing sekali gus merancakkan semula sektor pelancongan di negeri ini.

“Kita berharap dengan pembukaan pintu masuk negara, sektor pelancongan akan kembali pulih dan membuka semula peluang pekerjaan kepada ramai orang.

“Manfaatkanlah sebaik mungkin peluang ini bagi membantu meningkatkan pendapatan diri serta keluarga,” katanya.

David berkata, suatu yang tidak dapat dielakkan ialah berlaku kenaikan harga barang disebabkan pelbagai faktor termasuk perang Ukraine dan Rusia, bekalan terhad selain cuaca dunia yang tidak menentu dan sebagainya.

Sehubungan itu beliau meminta supaya para peniaga tidak mengambil kesempatan di atas kenaikan harga barang keperluan sehingga membebankan orang ramai.

David dalam pada itu turut menyokong keputusan kerajaan negeri yang memutuskan kadar ujian Kit Pantas Antigen (RTK-Ag) bagi pelancong yang masuk ke Sabah melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) pada kadar RM60 setiap seorang.

Beliau berkata, keputusan tersebut jelas menggambarkan pendekatan kerajaan negeri Sabah yang mesra pelancong sekali gus menggalakkan kemasukan pelancong serta pertumbuhan semula sektor pelancongan di Sabah.

Di peringkat Persekutuan, kadar ujian RTK-Ag adalah RM100 bagi rakyat Malaysia dan RM160 bagi pelancong asing.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya