HomeIsu tempatan'Drive-Thru' JTU tingkat keberkesanan perkhidmatan

‘Drive-Thru’ JTU tingkat keberkesanan perkhidmatan

Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU : Perkhidmatan pandu lalu atau ‘drive-thru’ yang diperkenalkan Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah diyakini mampu mempertingkatkan lagi keberkesanan perkhidmatan jabatan itu kepada pelanggan.

Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Datuk Sr Bernard Liew Chau Min berkata, perkhidmatan tersebut merupakan salah satu inisiatif jabatan dalam merakyatkan perkhidmatan dalam memudahcara urusan pembayaran cukai tanah.

“Antara kelebihan perkhidmatan ini adalah memberikan kemudahan kepada pelanggan tanpa perlu memikirkan masalah parkir, tempahan janji temu dan boleh membuat bayaran pada masa rehat hari bekerja.

“Buat masa ini, perkhidmatan yang disediakan melalui Drive-Thru adalah pembayaran cukai tanah, bayaran e-Commerce dan semakan cukai tanah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis Pelancaran Perkhidmatan Drive-Thru JTU, disini hari ini.

Bernard berkata, kaedah bayaran melalui kaunter perkhidmatan dan secara atas talian masih boleh dilakukan.

Perkhidmatan tersebut terletak di ruangan parkir Pejabat Unit Perkhidmatan Tanah Anak Negeri Sabah (PANTAS), Wisma JTU dan beroperasi mulai jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang setiap hari Isnin hingga Khamis, manakala hari Jumaat pada jam 8.30 pagi hingga jam 11.30 pagi.

Hadir sama Timbalan Pengarah JTU, Bahagian Ukur, Wahap Kanak, Timbalan Pengarah JTU, Bahagian Tanah, Awang Fauzi Awang Tahir dan Timbalan Pengarah JTU, Bahagian Pembangunan, Alan Chua Ming Ling.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya