MAS Sahkan Pesawatnya berpatah balik kerana hadapi Masalah Teknikal

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:58 Second

KOTA KINABALU – Pesawat MH2664 ke Tawau pada Isnin terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disebabkan masalah teknikal.

Perkara tersebut dimaklumkan Malaysia Airlines menerusi email kepada Sabahmedia sebentar tadi.

“Penerbangan Malaysia Airlines MH2664 dari Kuala Lumpur ke Tawau pada 3 April lalu melakukan penerbangan pusing balik disebabkan masalah teknikal pada pesawat tersebut, ditambah dengan cuaca buruk semasa dalam perjalanan.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, juruterbang mengambil keputusan untuk berpatah balik ke Kuala Lumpur demi keselamatan penumpang dan selamat mendarat di KLIA pada jam 5.03 petang.

“Keselamatan anak kapal dan penumpang kami tetap menjadi keutamaan Malaysia Airlines,”

Semalam kami melaporkan seorang penumpang wanita menghadapi detik cemas ketika dia menaiki kapal terbang apabila pesawat yang dinaikinya itu tiba-tiba turun dari ketinggian 25,000 kaki kepada 23,000 kaki hanya di dalam beberapa saat.

baca :- https://sabahmedia.com/2022/04/04/penumpang-pesawat-kongsi-pengalaman-cemasnya-berdepan-pesawat-kehilangan-ketinggian-di-aras-24-ribu-kaki/

Memetik perkongsian Halimah Nasoha di dalam laman facebooknya, beliau yang menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur ke Tawau pada jam 2.30 minit petang di mana kejadian itu berlaku selepas 30 minit berlepas dari Lapangan terbang.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *