HomeIsu tempatanPRBL berpotensi jadi destinasi pelancongan luar bandar

PRBL berpotensi jadi destinasi pelancongan luar bandar

Read Time:1 Minute, 18 Second

KIULU: Pusat Rekreasi Bambangan Lama (PRBL) disini bakal menjadi satu lagi pusat destinasi pelancongan luar bandar yang berpotensi menjadi lokasi percutian yang tenang kepada pengunjung.

Selain menikmati persekitaran semula jadi yang indah, pelawat juga boleh memilih dan memetik sayur-sayuran dari kebun di bawah jagaan pusat pelancongan berasaskan komuniti itu untuk dimakan secara percuma.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan, dan Alam Sekitar Sabah, Datuk  Joniston Bangkuai ketika mengadakan lawatan ke tapak eko-pelancongan itu baru-baru ini turut merasmikan bangunan pejabat pendaftaran PRBL dan trail anak tangga batu Tukad Purak Pakou yang baru dinaik taraf.

Joniston, yang juga pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) turut melawat sekitar tapak pelancongan itu, termasuk kebun sayur, rumah penginapan di sepanjang sungai, dan kemudahan lain.

“Melihat kepada trend pengembaraan, saya percaya orang ramai teringin untuk menerokai tarikan di luar bandar seperti PRBL, yang merupakan satu lagi lokasi ideal untuk bercuti.

“Apa yang menarik di tempat ini ialah pengunjung boleh melawat kebun sayur berhampiran dan belajar tentang tanaman tempatan daripada penduduk kampung. Mereka boleh memetik sayur secara percuma dan memasaknya untuk kegunaan sendiri.

“Pengalaman sebeginilah yang kita mahu sediakan kepada para pengunjung, terutamanya pelancong antarabangsa. Saya berharap komuniti luar bandar akan terus mencari aktiviti unik dan baharu agar dapat memberi sesuatu kelainan kepada pelawat,” katanya.

Dalam lawatannya, Joniston turut melancarkan bekalan air graviti baharu di kampung itu, jalan menuju ke tanah perkuburan kampung, dan jalan konkrit menuju ke sebuah gereja.

PRBL adalah antara 63 pengusaha pelancongan berasaskan komuniti dan pengusaha persendirian di Kiulu yang telah mula beroperasi dalam persediaan mereka untuk menerima pelancong dalam dan luar negara.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya