JBPM sedia jalin kolaborasi, cegah kebakaran lebih teruk

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:39 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedia menjalin kolaborasi dengan mana-mana syarikat besar khususnya di negeri ini bagi membantu mencegah kebakaran lebih teruk.

Pengarah JBPM Negeri Sabah, Mohd Abdul Razak Muda berkata, JBPM mempunyai peralatan serta kemahiran yang boleh melatih masyarakat dengan asas kebombaan.

“Kami boleh melatih masyarakat asas-asas kebombaan bagi membantu mereka melakukan sesuatu yang betul bagi mencegah kejadian lebih teruk sekiranya terjadi kebakaran.

“Namun, kita kekurangan dana untuk melaksanakan agenda tersebut dan sebab itu perlunya ada kolaborasi dengan syarikat-syarikat besar dan ahli politik yang boleh memberikan kita dana bagi melaksanakan latihan asas kebombaan sekaligus mempromosikan Bomba Komuniti,” katanya.

Beliau ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu disini kelmarin.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *