Jimmy Pangalui

50 Ahli Akar Umbi Warisan Kg Tambatuon Keluar Parti

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA BELUD: Hampir 50 ahli akar umbi Parti Warisan Sabah (Warisan) di kampung Tambatuon meninggalkan parti itu dan menyertai Barisan Nasional (BN) dalam satu majlis di kampung itu semalam.

Kumpulan itu yang diketuai oleh bekas Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang juga Ketua Wira Warisan kampung Tambatuon, Jimmy Pangalui menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Bahagian Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) bahagian Kadamaian Duanis Magirong.

Jimmy berkata, mereka meninggalkan Warisan disebabkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti itu untuk membela nasib rakyat terutama penduduk kampung yang jauh ketinggalan kemudahan terutama kemudahan Infrastruktur.

“Saya berjuang sejak awal penubuhan Warisan di kampung ini dan banyak berkorban masa serta wang ringgit untuk penduduk kampung dan parti Warisan di kampung tetapi saya tidak melihat apa-apa plan yang baik dilakukan oleh pemimpin parti Warisan untuk kemudahan rakyat.Malah kami seolah-olah tidak dipedulikan,”katanya.

Menurutnya lagi, penyertaan mereka ke dalam BN melalui parti PBRS kerana percaya hanya parti ini berkeupayaan membela nasib rakyat terutama di kawasan masyarakat Kadazan Dusun dan Murut (KDM).

“Timbalan Presiden PBRS Datuk Arthur Joseph Kurup seorang pemimpin muda yang sangat berwawasan dan mempunyai hubungan baik dengan pemimpin tertinggi kerajaan dan saya sebagai generasi muda saya sangat menyokong dan percaya dia mampu membantu terutama penduduk luar bandar Sabah mengatasi masalah infrastruktur kawasan luar bandar,” katanya.

Sementara itu, Duanis Magirong berkata, kemasukan penyokong pembangkang terutama dari parti Warisan ke dalam BN menandakan rakyat terutama di kalangan masyarakat KDM sudah hilang kepercayaan terhadap parti Warisan.

“Saya percaya selepas ini semakin ramai penyokong pembangkang di kawasan Kadamaian ini akan menyertai parti PBRS,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *