HomeUtamaKeharmonian pelbagai kaum di Sabah kekal kukuh sambut perayaan

Keharmonian pelbagai kaum di Sabah kekal kukuh sambut perayaan

Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU : Perbezaan agama,suku kaum dan aliran politik di negeri ini tidak menghalang untuk rakyat di Sabah meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan meriah.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ini terbukti apabila kira-kira 1,000 pengunjung hadir memeriahkan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kerajaan Negeri Sabah 2022.

“Kita sangat mengalu-alukan kehadiran semua pihak khususnya dalam arena politik, tidak kira latar belakang politik, semua hadir termasuk pembangkang.

“Ini adalah wajah sebenar negeri Sabah yang tidak mengira agama, suku kaum, aliran politik, semua sama dalam satu perayaan yang kita raikan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kerajaan Negeri Sabah 2022 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pagi tadi.

Mohd Arifin Mohd Arif

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag.

Mohd Arifin berkata, seperti perayaan lain, perbezaan agama juga tidak menghalang untuk rakyat di negeri ini meraikan perayaan dengan lebih meriah dan keunikan itu juga perlu terus dipertahankan dan dilestarikan.

“Terima kasih kepada semua yang hadir khususnya Ketua Menteri dan isteri yang telah memberi sokongan penuh, kerana ini adalah acara Kerajaan Negeri Sabah dan beliaulah yang mengilhamkan program ini dan syukur ianya berlangsung dengan lancar.

“Semoga majlis sebegini dapat mengeratkan lagi silaturahim, keharmonian antara kita sebagai satu keluarga besar Negeri Sabah,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya