Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kerajaan Negeri Sabah meriah

Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU : Kira-kira 1,000 tetamu jemputan hadir memeriahkan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kerajaan Negeri Sabah 2022 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah(SICC) di sini pagi tadi.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni.

Tun Juhar beramah mesra dengan tetamu yang hadir

Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag; Timbalan-Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Datuk Seri Joachim Gunsalam.

Selain itu beberapa Jemaah Kabinet Sabah turut hadir memeriahkan majlis itu antaranya Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan; Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Ir Shahelmey Yahya; Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Arifin.

Hajiji menyampaikan sumbangan raya kepada salah seorang penerima pada majlis itu

Tetamu yang hadir turut tidak melepaskan peluang bergambar bersama beberapa menteri Kabinet Sabah sambil beramah mesra.

Rata-rata pengunjung yang hadir turut berasa teruja dengan penganjuran Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kerajaan Negeri Sabah 2022 itu setelah dua tahun tidak dapat menikmati suasana perayaan akibat pandemik COVID-19.

Isteri Ketua Menteri Datin Seri Juliah Salag menyampaikan sumbangan raya kepada salah seorang penerima pada majlis itu

Terdahulu, pada majlis itu, Hajiji dan isteri turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada 50 orang warga emas dan orang kelainan upaya (OKU).

Pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan kebudayaan dan lagu-lagu raya dari artis jemputan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.