HomeIsu tempatanRoyal Brunei Airlines Kembali Beroperasi Di Sabah

Royal Brunei Airlines Kembali Beroperasi Di Sabah

Read Time:1 Minute, 57 Second

KOTA KINABALU: Pengoperasian semula penerbangan terus antara Bandar Seri Begawan dan Kota Kinabalu kini memudahkan pelancong bukan sahaja dari Brunei Darussalam tetapi juga dari negara lain untuk ke Sabah.

Penerbangan terus itu yang dikendalikan oleh Royal Brunei Airlines dilancarkan semula pada Jumaat, dengan membawa seramai 150 penumpang ke Kota Kinabalu.

Ia merupakan syarikat penerbangan asing kedua yang memulakan semula operasi penerbangan terus ke Kota Kinabalu, selepas Scoot iaitu syarikat penerbangan tambang rendah Singapura.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah, Datuk Joniston Bangkuai berkata, pengoperasian semula syarikat penerbangan asing adalah petanda baik untuk pelancongan dan ekonomi Sabah.

“Kita berbesar hati mengalu-alukan kedatangan semula Royal Brunei Airlines kerana ini dapat membantu para penumpang antarabangsa transit, terutamanya dari laluan yang dikendalikan sebelum ini iaitu Australia, United Kingdom, Timur Tengah dan Jepun.

“Sabah telah bersedia untuk menerima pelancong, dan kita berharap lebih banyak syarikat penerbangan asing akan memulakan penerbangan terus ke Kota Kinabalu. Dengan adanya penerbangan terus dari bandar-bandar di seluruh rantau ASEAN, kita boleh menjangkakan peningkatan pelawat di negeri ini,” katanya.

Pada Jumaat, Joniston menyambut kedatangan para penumpang dari pesawat Royal Brunei Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Beliau turut diiringi Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Sr. Mohd Yusrie Abdullah; Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah, Noredah Othman; dan naib presiden jualan penumpang, kargo, dan jualan carter bagi Royal Brunei Airlines, Christina Chua.

Christina berkata Kota Kinabalu adalah destinasi penting bagi Syarikat Royal Brunei Airlines dan mereka berharap dapat meningkatkan kekerapan penerbangan langsung antara dua destinasi tersebut dalam masa terdekat.

“Pada masa ini, kita beroperasi dua kali seminggu untuk laluan Kota Kinabalu. Kita bercadang untuk menambah penerbangan agar dapat membawa lebih ramai pelancong dari Brunei ke Sabah,” katanya.

Ketibaan pesawat Royal Brunei Airlines itu diberi sambutan meriam air selepas mendarat di landasan kira-kira jam 7.50 malam. Para penumpang turut diberikan beg cenderahati, termasuk baucar beli-belah, oleh pihak Lembaga Pelancongan Sabah.

“Lembaga Pelancongan Sabah telah bekerjasama dengan Suria Sabah dan Jesselton Duty Free untuk menyediakan beberapa baucar diskaun belih-belah kepada pelancong Brunei. Kita tahu bahawa rakyat Brunei gemar membeli-belah dan kita gembira mengalu-alukan mereka kembali,” tambah Noredah.

Pada masa ini, syarikat Royal Brunei Airlines mengendalikan penerbangan antara Bandar Seri Begawan dan Kota Kinabalu setiap Jumaat dan Ahad. Penerbangan terus itu mengambil masa 40 minit.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Tun Juhar hadir sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat 5 Divisyen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya