HomePolitikJawatankuasa kerjasama solidariti GRS-BN dibentuk

Jawatankuasa kerjasama solidariti GRS-BN dibentuk

Read Time:57 Second

KOTA KINABALU : Satu jawatankuasa kerjasama solidariti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) – Barisan Nasional (BN) dibentuk bagi menyatukan parti-parti sedia ada dalam gabungan itu dan BN.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia juga merupakan satu usaha bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

“Tujuan kita adalah untuk menyatukan bukan sahaja parti-parti dalam GRS tetapi dalam BN.

“Inilah tujuannya supaya kita hadapi PRU Parlimen bersama-sama.  Kalau boleh tidak mahu ada pertembungan di antara GRS dan BN,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi GRS, di Menara Kinabalu, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Hajiji yang juga Pengerusi GRS berkata, parti GRS akan dilancarkan secara rasmi pada 26 Mei ini bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

“Dengan pelancaran parti GRS ini, secara rasminya maka kita menganggap bermulalah era baharu politik negeri Sabah dengan gabungan yang kita tonjolkan.

“Gabungan ini adalah untuk rakyat, kepentingan negeri Sabah dan juga untuk bersama-sama mentadbir dan juga memajukan Sabah pada masa akan datang,” katanya.

Pada mesyuarat itu, beberapa pengerusi jawatankuasa penyelaras GRS turut dilantik di setiap bahagian Parlimen di Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya