Jabatan BKD IPG Kent peneraju utama Bahasa Kadazandusun

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 23 Second

TUARAN: Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kent berjaya mewujudkan Jabatan Bahasa Kadazandusun (BKD) yang menjadi peneraju utama Bahasa Kadazandusun di kampus berkenaan.

Ketua Jabatan BKD IPD Kampus Kent Linag Bagu berkata, ia juga merupakan kampus Tier 1 di seluruh IPG di seluruh negara.

Katanya, pelbagai aktiviti telah dan akan dilaksanakan oleh Jabatan BKD sepanjang tahun ini.

“Antaranya adalah Pesta Kaamatan (Moginakan) pada 27 Mei 2022 di Dewan Perhimpunan IPGK Kent 2022.

“Selain itu Pesta Kaamatan pada kali ini juga agak unik kerana lebih memfokuskan kepada ‘Moginakan’ atau ‘makan bersama keluarga besar’ warga Kampus Kent sebagai tanda kesyukuran kepada Tuhan atas rezeki yang dilimpahkan dalam pelbagai bentuk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat sempena kunjungan hormat kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim di sini semalam.

Pada kunjungan itu, seramai 10 orang kakitangan IPG Kampus Kent turut hadir yang diketuai  Pengarah IPG Kampus Kent, Dr. Hajah Rosmawati Hamzah; Ketua Jabatan Kecemerlangan Akademik, Ustaz Harun Sarail, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Amidy Malagob, Ketua Jabatan STEM, Dr. Ronald Yusri Bathing,  Penolong Ketua Jabatan BKD, John Gitom, Setiausaha Jabatan BKD, Dr. Wilfred Dousip, Victor Baga, Dr. Bayre Suadik dan Claire Leslie Sylvester.

Linag berkata, Moginakan Kaamatan juga turut akan meraikan bersama sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022.

Katanya, pelbagai aktiviti disediakan sebagai pengisian, antaranya pertandingan permainan tradisional seperti Momolositik, Monopuk dan Mamarampanau.

“Selain itu, turut diadakan pertandingan Sugandoi, peragaan pakaian tradisi, pertandingan gerai makanan dan pameran kearifan local,” katanya.

Seramai 250 orang dalam kalangan pensyarah, kakitangan, pelajar, tetamu luar dan jemputan khas warga IPGK dan tetamu sekitar daerah Tuaran dijangka hadir meraikan Pesta Kaamatan tersebut, yang akan dirasmikan oleh Jahid, yang juga Naib Presiden KDCA Sabah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *