HomeIsu tempatanDua warga Indonesia ditahan, memiliki dokumen pengenalan diri tamat tempoh

Dua warga Indonesia ditahan, memiliki dokumen pengenalan diri tamat tempoh

Read Time:1 Minute, 5 Second

LABUAN : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Labuan menahan sebuah bot nelayan tempatan yang dikendalikan oleh warga Indonesia selain memiliki dokumen pengenalan diri yang tamat tempoh, semalam.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata, semasa rondaan rutin Op Benteng/ Op Khas Pagar Laut 1/22 di musim, pasukan operasi telah mengesan sebuah bot nelayan tempatan sedang melakukan aktiviti menangkap ikan di kedudukan 22 batu nautika dari Pulau Labuan.

“Setelah pemeriksaan dilaksanakan, didapati bahawa bot nelayan terbabit dikendalikan oleh empat orang kru warga indonesia berumur antara 22 hingga 37 tahun.

“Dua daripada kru terbabit, memiliki dokumen pengenalan diri yang sudah tamat tempoh. Bot nelayan, nakhoda kapal bersama kesemua kru ditahan bagi membantu siasatan,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nudin berkata,  kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 yang boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun jika sabit kesalahan.

Katanya,  tinggal di Malaysia tanpa permit yang sah adalah satu kesalahan jenayah.

“Justeru itu, komuniti maritim dinasihatkan agar sentiasa menghormati serta mematuhi undang-undang yang telah termaktub didalam perlembagaan bagi mengelakkan diri daripada terbabit dengan sebarang salah laku di perairan negara.

“Laporkan maklumat berkaitan jenayah maritim ke Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-427999 atau melalui talian kecemasan MERS 999,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

NDRC UMS perkukuh pengurusan bencana bersama pihak berkuasa tempatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular