HomeIsu tempatanDua bot kargo ditahan, bawa barang kawalan tanpa permit

Dua bot kargo ditahan, bawa barang kawalan tanpa permit

Read Time:1 Minute, 30 Second

TAWAU : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau menahan dua bot kargo tempatan di perairan timur laut Kuala Sungai Melayu, sekitar jam 5.15 petang kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, semasa rondaan Ops Sejahtera aset Maritim Malaysia telah mengesan dua bot kargo bergerak secara bersama dari arah Sungai Tawau menuju ke Pulau Sebatik.

“Mencurigai pergerakan tersebut, pemeriksaan dilakukan ke atas salah sebuah bot kargo yang dikendalikan seorang tekong lelaki warga tempatan berusia 55 tahun dan mendapati membawa muatan kotak polistren tidak berisi.

“Pemeriksaan menyeluruh ke atas bot tersebut telah menemukan lima tong gas LPG yang disembunyikan di bawah timbunan kotak polistren di dalam bot kargo tersebut.

“Hasil pemeriksaan dokumentasi mendapati tekong gagal mengemukakan dokumen berkaitan barangan kawalan yang dibawa,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Shahrizan berkata, dalam pemeriksaan berasingan ke atas sebuah lagi bot kargo yang dikendalikan oleh seorang tekong warga tempatan berumur 49 tahun, menemukan muatan barangan runcit serta 22 tong gas LPG berisi yang disembunyikan di ruang tertutup di dalam bot kargo tersebut.

Katanya,  pemeriksaan dokumentasi juga mendapati tekong gagal mengemukakan lesen bot serta dokumen berkaitan barangan kawalan yang dibawa kedua-dua tekong serta bot dan muatan seterusnya diiring ke Jeti Zon Maritim Tawau untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia.

“Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah(JPDS) 2002.

“Kesemua barangan termasuk dua bot kargo, enjin bot dan barang kawalan disita dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM 80,000,” katanya.

Menurutnya, Maritim Malaysia akan terus memperkasakan tugas penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang di Zon Maritim Malaysia khususnya di perairan Timur Sabah(ESSZONE).

Salurkan sebarang salah laku jenayah yang berlaku di sekitar perairan Tawau ke talian Pusat Operasi Zon Maritim Tawau 089-752116 dan talian kecemasan 999.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya