HomeUtamaJKNS didik masyakarat amal penjagaan kesihatan di era endemik

JKNS didik masyakarat amal penjagaan kesihatan di era endemik

Read Time:1 Minute, 53 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) akan terus mendidik masyarakat untuk  mengamalkan penjagaan kesihatan di era endemik. 

Pengarahnya, Datuk Dr. Rose Nani Mudin berkata, sungguhpun kerajaan telah melonggarkan aktiviti sosial dan ekonomi bermula 1 Mei lalu namun petugas barisan hadapan terus berperanan berkhidmat mendidik masyarakat agar sentiasa mengutamakan penjagaan kesihatan kendiri dan keluarga dalam pengamalan norma baharu.

“Kita harus mendidik dan memberi kesedaran berterusan kepada masyarakat untuk sentiasa mengamalkan norma hidup baharu bagi pengamalan penjagaan kesihatan kendiri, keluarga dan masyarakat walaupun kerajaan telah melonggarkan aktiviti sosial dan ekonomi.  

“Sebagai petugas barisan hadapan, menjadi keutamaan kita supaya masyarakat mendapat perkhidmatan kesihatan yang terbaik dari fasiliti kesihatan yang terdapat di negeri ini sekaligus menjadi ejen penyebaran maklumat yang sahih dan terkini. 

“Penggunaan media sosial dalam kalangan kakitangan perlulah secara berhemah, elakkan perkongsian maklumat yang sensitif seperti memaparkan maklumat kemudahan fasiliti-fasiliti kesihatan yang berkemungkinan memberi pandangan negatif atau risiko ditularkan netizen,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Pagi Bulanan Ibu Pejabat JKNS Bil 4 Tahun 2022 di salah sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Rose Nani turut mengingatkan warga JKNS agar melaksanakan tugas secara profesional, proaktif dan produktif demi hasil kerja yang berkualiti selain menjaga hubungan kerjasama bersepadu dengan agensi kerajaan, pemimpin masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di peringkat negeri, daerah dan kampung yang banyak membantu.

Pada masa sama, beliau turut memberi saranan kepada warga JKNS agar sentiasa mengharmonikan hubungan baik antara pegawai dan kakitangan selain menghindari perkara-perkara yang boleh menjejaskan nama baik JKNS.

“Turun padang dan kerja berpasukan perlu diamalkan oleh penyelia sepanjang masa supaya dapat mengharmonikan hubungan baik antara pegawai dan kakitangan, perlu bersikap profesional dan integriti dalam menjalankan tugas dan elakkan sikap sering merungut serta bertindak diluar batasan seorang penjawat awam.

“Elakkan pembaziran dan gunalah kemudahan pejabat secara berhemah untuk mengelak pembaziran dan dapat digunakan secara optimum serta sentiasa berwaspada dan berhati-berhati tidak kira sewaktu bertugas, di rumah atau dimana sahaja agar dapat mengelak berlakunya insiden yang boleh membahayakan diri sendiri, rakan sekerja, keluarga atau orang awam,” katanya.

Turut hadir Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan), Jackson Taguah, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), Datuk Dr. Abd Kahar Abd Asis dan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) Dr. Asits Sanna.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya