HomeIsu tempatanKerajaan komited tingkatkan infrastruktur kawasan pedalaman seterusnya merancakkan aktiviti ekonomi penduduk -Jonathan

Kerajaan komited tingkatkan infrastruktur kawasan pedalaman seterusnya merancakkan aktiviti ekonomi penduduk -Jonathan

Read Time:51 Second

RANAU: Kerajaan komited membantu meningkatkan  kemudahan infastruktur terutama untuk  rakyat kawasan pedalaman bagi merancakkan aktiviti ekonomi penduduk kawasan berkenaan.

Timbalan  Menteri Kementerian Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin berkata, rakyat mahukan agar semua kemudahan asas dapat dinikmati  segera maka itulah yang sedang diusaha dan dilaksanakan  pihak kerajaan sekarang.

“Bagaimanapun, pelaksanaan projek tersebut adalah secara berperingkat mengikut keutamaan dan peruntukan kewangan yang ada”, jelas Jonathan yang juga Ahli Parlimen Ranau ketika berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di empat lokasi berasingan iaitu,  Kg.Tinongian, Kg. Betong, Kg.Sinurai dan Kg.Tumbalang Ranau baru-baru ini.

Sempena majlis itu, beliau sempat merasmikan Jambatan Gantung di Kg Betung  yang baru siap diperbaiki menelan kos RM30 ribu.

Jonathan turut menyeru penduduk supaya sentiasa memupuk perpaduan dan persaudaraan sedia terjalin tanpa membezakan agama, kaum dan idologi politik bagi memudahkan kerajaan menyalurkan lebih banyak kemudahan untuk dinikmat rakyat akar umbi.

Turut hadir ialah Pengerusi Penganjur majlis Kg Betong, Tangkelip Samingga, penduduk kampung bersama rombongan Datuk Jonathan dari Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya