Semua peniaga di KDCA diminta patuhi SOP KKM

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:59 Second

PENAMPANG: Semua penganjur Pesta Kaamatan diminta menasihatkan semua pengendali atau pengusaha makanan yang berniaga sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi menjaga kebersihan sepanjang berniaga.

Ketua Bahagian Kapayan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Jafery Jomion berkata, pematuhan SOP ini bagi mengelak peniaga makanan dikenakan tindakan undang undang atas kesalahan tidak mematuhi peraturan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Pihak penganjur juga diharap lebih bertanggungjawab dan bukan hanya tahu mengutip sewa tapak jualan semata-mata,” katanya meninjau gerai jualan di pekarangan Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas melihat lawatan pihak Jabatan Kesihatan Penampang yang memantau dan memeriksa semua pengendali makanan di kawasan berkenaan.

Jafery turut memohon pihak Jabatan Kesihatan memberi tempoh kepada pengusaha terutama yang baru berniaga sebelum dikenakan tindakan undang-undang.

Sementara itu, Pegawai Teknologi Kesihatan Daerah Penampang Jessica Moidin mengingatkan semua pengusaha harus mendapat suntikan imunisasi tifoid dan mengikuti latihan pengendalian makanan yang ditetapkan.

Beliau turut berkata, pengendali atau pengusaha harus mendapatkan pemeriksaan kesihatan sebelum dibenarkan berniaga demi mengelak masalah Kesihatan kepada orang awam .

Jelasnya lagi, kesalahan tidak mematuhi peraturan pengendalian makanan boleh dikenakan tindakan mahkamah dengan hukuman tidak lebih dari RM10,000 atau tidak kurang dua tahun penjara.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *