HomeIsu tempatanLPPS akan bina bangunan ibu pejabat baharu di Tanjung Lipat

LPPS akan bina bangunan ibu pejabat baharu di Tanjung Lipat

Read Time:1 Minute, 40 Second

KOTA KINABALU: Lembaga Pelabuhan – Pelabuhan Sabah (LPPS) bakal mempunyai satu mercu tanda sendiri dengan membina bangunan ibu pejabat baharunya menelan kos RM1 bilion di Tanjung Lipat di sini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pembinaan bangunan LPPS itu juga adalah demi menyahut seruan kerajaan dalam memastikan semua kakitangan diberi peluang bagi menikmati kemudahan dan faedah yang kondusif dalam menyampaikan perkhidmatan berkualiti, khususnya kepada pemegang taruh dan masyarakat awam.

“Kerajaan sentiasa mengambil inisiatif untuk memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti disampaikan kepada rakyat dan pemegang taruh. Seiring dengan itu, penyediaan prasarana yang baik, merupakan salah satu keutamaan dalam agenda pembangunan negara,” kata Bung dalam ucapannya semasa Majlis Pelancaran Pembinaan Bangunan Ibu Pejabat Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah dan Pusat Komersial (The Cove) secara usahasama (Joint Venture) Bersama Deevin Development Sdn Bhd di Hotel Marriot di sini, hari ini.

Bung menyaksikan majlis Menandatangani Pengesahan Surat dan Pertukaran Perjanjian Usaha Sama antara LPPS diwakili timbalan pengerusinya Aminah Johan dan Ahli Lembaga Pengarah LPPS Ramli Amir, manakala Deevin Development Sdn Bhd diwakili Pengarah Urusan Datuk Che Chi Vun dan Datuk Simon Chee Chi Nyen.

Terdahulu, dalam majlis itu Bung yang juga Menteri Kerja Raya Sabah menyaksikan majlis Menandatangani Pengesahan Surat dan Pertukaran Perjanjian Usaha Sama antara LPPS diwakili timbalan pengerusinya Aminah Johan dan Ahli Lembaga Pengarah LPPS Ramli Amir, manakala Deevin Development Sdn Bhd diwakili Pengarah Urusan Datuk Che Chi Vun dan Datuk Simon Chee Chi Nyen.

Dalam pada itu, Bung mengulas lanjut mengenai ucapannya berkenaan penangguhan projek-projek pembangunan di Sabah, beliau berkata , salah satu faktor apabila tangguh projek pembangunan bermacam-macam birokrasi dan syarat diminta, itu akan membantut pembangunan ekonomi negeri Sabah sendiri.

“Secara tidak langsung, bagi pendapat saya, we are the one yang sabotaj pembangunan ekonomi kita, tapi menyalahkan orang lain kerana tidak membantu pembangunan ekonomi kita, oleh itu saya minta agensi-agensi kerajaan dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) guna pendekatan , cara, tindakan dan pemikiran yang baharu, untuk membangun kita mesti berubah, tidak berubah kita tidak akan dapat apa-apa perubahan,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Tun Juhar hadir sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat 5 Divisyen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya