HomeUtamaKeluarga main peranan bina generasi baharu - Hajiji

Keluarga main peranan bina generasi baharu – Hajiji

Read Time:1 Minute, 17 Second

TAMPARULI : Institusi kekeluargaan memainkan peranan amat penting dalam membina generasi baharu selain melahirkan pelapis atau penyambung nilai budaya sesuatu bangsa.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kemahiran keibubapaan dalam menangani isu-isu kekeluargaan termasuk memberi pendidikan awal kepada anak-anak menjadi antara cabaran yang dihadapi pada masa kini.

“Memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak secara tidak langsung akan mendedahkan seawal usia mereka untuk meneroka dunia sebenar lantas menggalakkan perkembangan yang lebih holistik.

“Selain itu, ibu bapa merupakan individu yang sering berkomunikasi dengan anak-anak mereka apabila berada di luar kawasan sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Bengkel Kemahiran Keibubapaan Tabika dan Taska KEMAS peringkat Parlimen Tuaran di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim.

Hajiji berkata, selain perlunya pengetahuan dan kemahiran dalam mendidik anak-anak, ibu bapa juga perlu mempunyai pengetahuan dalam aspek pemakanan sihat, perkembangan anak-anak berusia dibawah enam tahun sehingga mengetahui isu-isu semasa selain perkembangan teknologi masa kini.

“Sesetengah fungsi keluarga semakin tergugat ekoran daripada masalah untuk menyesuaikan diri dengan pembangunan yang pesat dalam bidang ekonomi, sosio budaya, politik dan teknologi.

“Perkembangan teknologi masa kini yang terlalu pantas juga telah mengubah gaya hidup kebanyakan orang yang secara tidak langsung turut memberi impak kepada institusi keluarga,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, institusi keluarga adalah tonggak kepada keharmonian dan kesejahteraan masyarakat.

“Sehubungan itu, Kerajaan akan terus menekankan agenda untuk membangunkan dan memantapkan lagi institusi keluarga menerusi pelaksanaan Program Kekeluargaan dan Program Kepenggunaan dengan peruntukan sebanyak RM1.08 juta pada tahun ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya