HomeIsu tempatanTapis maklumat elak sebaran berita palsu

Tapis maklumat elak sebaran berita palsu

Read Time:1 Minute, 13 Second

BONGAWAN : Masyarakat digesa untuk sentiasa bijak menapis sebarang maklumat yang diterima bagi mengelak penyebaran berita palsu.

Pegawai Pembangunan Masyarakat Bongawan, Yusoff Minin berkata, ia boleh dilakukan dengan mendapatkan maklumat sahih sama ada menghubungi pihak berwajib secara langsung, mahupun merujuk sumber berita rasmi dalam media sosial.

“Perkembangan teknologi komunikasi kini membolehkan sesuatu peristiwa ditulis atau dirakam kemudian disebarkan terus kepada golongan sasar dengan lebih pantas.

“Kecanggihan teknologi komunikasi menyebabkan pihak tertentu mengambil kesempatan mengikut  kepentingan mereka dan adakalanya boleh mengundang fitnah, keresahan dan panik umum terutama apabila melibatkan isu setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Komunikasi Tindakan Setempat (KOMTIS) di Dewan Kampung Biau, di sini semalam.

Yusoff berkata, masyarakat juga diseru untuk mencari sumber berita melalui portal yang sahih bagi mengelakkan penyebaran berita yang tidak tepat.

Selain itu katanya, masyarakat juga perlu menghubungi pihak berwajib bagi mendapatkan pengesahan sebelum dikongsi.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Gerak Saraf dan Pengurusan Isu, Jabatan Penerangan Negeri Sabah, Busmin Brahim memaklumkan program KOMTIS  adalah landasan bagi memperkukuh hubungan komunikasi di antara pemimpin, agensi kerajaan dengan masyarakat setempat.

Program diisi dengan pelbagai aktiviti seperti senamrobik, gotong royong dan pertandingan mewarna kanak-kanak, selain taklimat kesihatan yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Pejabat Kesihatan Daerah Papar, Ismail Lakarina serta taklimat kanser daripada Pegawai Pembangunan Dana, Majlis Kanser Nasional (MAKNA) Cawangan Kota Kinabalu, Roslind Sudau.

Hadir sama, Ketua Kampung (KK) Biau, Shukur Tarmizi, KK Silat, Jafar Sabli dan KK Pikat, Musa Ahmad. – PENERANGAN

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya