HomeIsu tempatanPeranan ibu bapa penting bentuk sahsiah anak- anak -Masidi

Peranan ibu bapa penting bentuk sahsiah anak- anak -Masidi

Read Time:1 Minute, 28 Second

RANAU: Kebahagiaan dalam keluarga sangatlah penting sebagai satu asas dalam pembentukan sebuah komuniti.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata, peranan ibu bapa dalam membentuk sahsiah diri anak-anak amat penting kerana mereka merupakan faktor pelindung kepada keluarga daripada risiko penyalahgunaan dadah mahupun pelencongan sosial.

Beliau berkata, walaupun sibuk dengan kerjaya mahupun urusan kita seharian, anak-anak perlu menjadi keutamaan. Sentiasa berkomunikasi dengan ahli keluarga bukan sahaja menunjukkan kepedulian kita malah menguatkan lagi ikatan kasih antara ahli keluarga.

“Komunikasi yang baik membawa kepada keharmonian keluarga. Saya percaya semua keluarga mempunyai resipi kebahagian keluarga mereka tersendiri. Bahkan bahagia dalam setiap keluarga juga berbeza-beza. Namun, menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga dan mengekalkan kebahagiaan dalam rumah kita sendiri kerana pencegahan bermula dari rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program  Seminar Keluarga “Keluargaku Syurgaku” di Dewan Masyarakat Ranau kelmarin. Teks ucapan beliau disampaikan oleh Adun dilantik, Datuk Amisah Yassin.

Hadir sama wakil daripada Universiti  Malaysia Sabah, Prof Dr Dahlan dan Dr Wan Anor, Penolong Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sabah Kartina Ujin, dan Penolong Pegawai Daerah Ranau Florencia Padasian.

Menurut Masidi, jalinan erat ini membuktikan bahawa Agensi dan komuniti bersama-sama dalam menjayakan matlamat kerajaan dalam mencapai komuniti bebas dadah.

“Komuniti memainkan peranan penting dalam usaha-usaha pembangunan sosial dan komuniti yang merangkumi segmen-segmen penting dalam melahirkan keluarga bebas dadah, seterusnya membawa kepada keharmonian keluarga dalam mewujudkan keluarga sebagai faktor pelindung kepada anak-anak.

“Usaha AADK Negeri Sabah menganjurkan program ini adalah untuk meningkatkan penglibatan komuniti di semua peringkat secara menyeluruh dan mengutamakan perspektif keluarga dalam apa juga tindakan yang diambil serta bertujuan meningkatkan kesedaran setiap ahli keluarga dalam komuniti supaya kembali memberi keutamaan kepada keluarga (back to basics) dalam setiap perancangan dan tindakan kehidupan seharian,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Sambutan Pesta Kaamatan daerah Tuaran bermula 4 Mei ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya