HomeIsu tempatanUsaha kekalkan kelestarian budaya perlu kerjasama semua pihak - Jahid

Usaha kekalkan kelestarian budaya perlu kerjasama semua pihak – Jahid

Read Time:1 Minute, 12 Second

TAMPARULI: Usaha bagi mengekalkan kelestarian budaya dan semangat perpaduan dikalangan masyarakat yang telah wujud sekian lama perlu mendapat kerjasama semua pihak agar dapat diwarisi oleh golongan muda.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, badan sukarela termasuk Kawasan Rukun Tetangga (KRT) turut berperanan penting dalam membudayakan perpaduan dan meraikan kepelbagaian perayaan termasuk Pesta Kaamatan.

“Setiap kita juga mempunyai tanggungjawab untuk mengisi semangat kesatuan dalam tiap-tiap kampung, terutamanya menerusi gerak kerja di peringkat akar umbi.

“Maknanya, dalam apa sahaja yang hendak dilaksanakan kita perlu menjaga dan memupuk perpaduan agar suasana muhibbah dapat dikekalkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Kampung Napitas, di sini kelmarin.

Hadir sama, Pengerusi Penganjur yang juga Pengerusi KRT Kampung Napitas, Albinus Dalus, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Napitas, Nancy Kindingan, Pengerusi JPKK Kampung Suromboton, Florence Tigur, Ketua Kampung Napitas, Juil Linggoh, dan Penyelia Kemajuan Masyarakat Tamparuli, Boe Sindolun.

Jahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, berkata, JPKK turut sama memainkan peranan dengan memberi penerangan serta mendidik masyarakat agar lebih menyayangi dan membudayakan perpaduan.

“Kita perlu perkasakan lagi semangat ini dengan mencari kaedah bagi menyemarakkannya kepada generasi pada zaman ini,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Penganjur, Albinus Dalus menghargai barisan AJK yang menjayakan program serta para penyumbang hadiah.

Antara aktiviti pengisian yang dijalankan sepanjang Kaamatan tersebut ialah cabutan nama bertuah, pertunjukan bina badan kanak-kanak bawah 12 tahun, ratu fesyen kanak-kanak bawah 12 tahun, dan tajaan lagu karaoke.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

KPDN Sandakan catat nilai rampasan lebih RM1 juta melibatkan pelbagai kesalahan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya