HomeUtamaKerajaan komited naiktaraf sekolah daif seluruh negara termasuk Sabah

Kerajaan komited naiktaraf sekolah daif seluruh negara termasuk Sabah

Read Time:2 Minute, 0 Second

PAPAR : Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited untuk terus melaksanakan projek menaik taraf sekolah-sekolah daif di seluruh negara termasuk di negeri ini.

Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohamad Alamin berkata, ia adalah bagi memastikan keselesaan pelajar dan guru terus terjaga menerusi infrastuktur dan kemudahan yang dinaiktaraf kepada yang lebih baik.

Katanya, ianya juga akan dapat memberi suntikan semangat kepada murid dan guru bagi mengikuti pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang lebih selesa selain mencapai kejayaan dari segi akademik.

“Alhamdullilah pada hari ini saya berkesempatan merasmikan penyerahan dua bangunan sekolah yang baharu masing-masing di Sekolah Kebangsaan (SK) Mandahan dan SK Kampung Brunei Membakut.

“Sebelum ini, kedua-dua buah sekolah ini memang sekolah daif dan kita telah menerima kelulusan.  Ini adalah sebahagian daripada projek menaik tarag sekolah-sekolah daif di seluruh Sabah.

“Dengan adanya dua buah sekolah baharu ini sudah pasti ianya mengambarkan bahawa Kerajaan sangat komited untuk menyahut seruan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menaik taraf sekolah-sekolah daif di seluruh negara khususnya di Sabah yang masih banyak perlu di naik taraf,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan penyerahan bangunan baharu SK Mandahan di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah Tah Nia Jaman.

Mohamad berkata, pihaknya juga yakin dan percaya akan lebih banyak lagi sekolah-sekolah daif di negeri ini akan dinaik taraf kepada yang lebih selesa.

Katanya , kira-kira 286 buah sekolah di Sabah telah dikenalpasti dalam proses menaik taraf dengan sebahagian telah pun siap dengan peruntukan berjumlah kira-kira RM 2 bilion sejak 2017 sehingga kini.

“Dalam pelaksanaan yang diluluskan setakat ini adalah dalam 286 buah.  Tetapi dari jumlah itu ada beberapa buah sekolah sudah siap, kemudian ada yang  sedang dibina da nada yang peringkat pra bina.

“Tapi kalau kita mahu melihat dari segi pencapaian, itu akan berterusan dan data ini sentiasa dikemaskini selain tidak statitik, berubah-ubah.  Apa yang lebih penting ialah mana-mana sekolah atau projek menaik taraf yang sudah diluluskan kita minta dilaksanakan secepat mungkin,” katanya.

Mohamad berkata, kerjasama dari semua pihak seperti JPN Sabah, Jabatan Kerja Raya, agensi terlibat, pihak sekolah serta ibubapa sangat penting bagi memastikan kelancaran proses menaik taraf sekolah daif serta menceriakan keadaan sekolah.

Bangunan baharu di dua sekolah tersebut yang dilengkapi dengan bilik guru, bangunan pentadbiran, serta kelas yang menempatkan pelajar dari tahun satu hingga enam itu dengan kos pembinaan dianggarkan berjumlah RM7.1 juta.

RELATED ARTICLES
Utama

Malaysia: Rakyat Derita Kesihatan Mental  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya