HomeUtamaPresiden parti tempatan di Sabah ditahan, didakwa terlibat sindiket pemalsuan kad pengenalan

Presiden parti tempatan di Sabah ditahan, didakwa terlibat sindiket pemalsuan kad pengenalan

Read Time:30 Second

PETALING JAYA : Polis menahan seorang Presiden sebuah parti tempatan di Sabah selepas didakwa terbabit dengan satu sindiket pemalsuan kad pengenalan.

Menurut laporan FMT di sini hari ini, Presiden Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) Mohd Arshad Abdul Mualap ditahan di sebuah rumah di Subang Jaya pada 22 Jun lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam satu sidang di Bukit Aman berkata, lelaki itu didakwa menjadi dalang kepada sindiket terbabit.

Katanya, rakan subahatnya yang dikenali sebagai Mohamad Amkah Ahmad turut disiasat polis.

Parti itu didaftarkan pada 2017 dan kedua-dua individu terbabit dihadapkan ke mahkamah di Shah Alam hari ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Tindakan tegas individu, syarikat gagal selesaikan tunggakan bayar cukai, kompaun –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya