HomeIsu tempatanIKBN Kinarut tawar Kursus Penjaga Jentera BO, penuhi kehendak industri

IKBN Kinarut tawar Kursus Penjaga Jentera BO, penuhi kehendak industri

Read Time:1 Minute, 42 Second

PAPAR: Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut menjadi pusat bertauliah awam pertama menawarkan Kursus Penjaga Jentera BO Separuh Masa.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah berkata, institut itu telah mendapat kepercayaan dari Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi menawarkan kursus berkenaan.

Katanya, ia adalah bagi memastikan tenaga kerja mahir dalam bidang Pendidikan serta Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dapat memenuhi kehendak industri.

“Kursus ini sememangnya mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari pihak industri untuk meningkatkan kompetensi pekerja mereka sebagai penjaga jentera.

“Antara syarikat yang memerlukan adalah seperti PETRONAS, Celcom Timur Sabah, Telekom Malaysia Wilayah Sabah, Kebabangan Petroleum Operating Company Sdn. Bhd, Sedafiat Sdn.Bhd, Sabah Electricity Sendirian Berhad (SESB), Lembaga Tabung Haji Negeri Sabah, Kimanis Power Plant dan Ranhill Powertron,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvokesyen IKBN Kinarut Ke-14 di Dewan Limau-Limauan di sini semalam.

Mohd Shafiq berkata, kerjasama strategik di antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan industri dan agensi berkepentingan perlu berterusan untuk memastikan kualiti kurikulum dan silibus pengajaran TVET sentiasa dikemaskini sekaligus meningkatkan kebolehpasaran graduan Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS).

Beliau turut memaklumkan ILKBS berjaya menjalin kerjasama dengan 44 rakan strategik peringkat Nasional dan melebihi 200 rakan strategik peringkat ILKBS bagi meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran. 

“Kerjasama ini meliputi memorandum persefahaman (MOU) yang diadakan antara IKBN Kinarut dengan Sang Suria Excel Sdn. Bhd., Zarirah Enterprise, IOI Plantation Services Sdn. Bhd., QL Farm Sdn. Bhd., Globinaco Sdn. Bhd., Arus Sawit Sdn. Bhd. dan Graceworth Sdn. Bhd.

“Melalui MOU ini juga, peluang pekerjaan dan latihan industri kepada para pelajar serta graduan IKBN Kinarut dapat ditingkatkan,” katanya.

Dalam majlis tersebut, seramai 219 graduan daripada Bidang Teknologi Elektrik dan 21 graduan daripada Bidang Teknologi Awam menerima diploma dan sijil masing-masing.

Mohd Shafiq menyampaikan Anugerah Graduan Cemerlang kepada pelajar kursus Penjaga Jentera Elektrik (A1), Mohd Idham Munabi, pelajar Pelukis Pelan Senibina, Sherry Billy dan pelajar Penyejukbekuan dan Penyaman Udara Domestik, Muhammad Najmi Rablee.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Hannah, Mia galas cabaran Sabah cipta hatrik Bintang Kecil Kebangsaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular