19 KIR terima sumbangan KYS

Read Time:54 Second

Oleh ERDIE AB WAHID
[email protected]

PUTATAN : Seramai 19 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terlibat dengan kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Contoh Petagas pada 16 Jun lalu menerima sumbangan bakul makanan dan wang tunai.

Sumbangan yang disalurkan Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) itu disampaikan oleh Setiausaha Korporat Yayasan Sabah Hanafiah Diman yang mewakili Pengarah Yayasan Sabah Datuk Seri Gulamhaidar Khan Bahadar.

Hanafiah berkata, KYS sentiasa prihatin terhadap kebajikan masyarakat khususnya yang berdepan dengan bencana dan ianya juga adalah selaras dengan penubuhan KYS.

Katanya, pihaknya berharap agar bantuan yang disalurkan itu dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa kebakaran yang terlibat.

“Walaupun sumbangan ini tidak banyak namun ia diharap dapat membantu mangsa terutamanya daripada segi penyediaan barang keperluan asas keluarga mereka.

“Saya berharap agar semua mangsa tabah menghadapi dugaan ini dan terus berusaha menjalani kehidupan yang baharu,” katanya.

Sumbangan KYS tersebut diterima oleh ketua keluarga mangsa kebakaran yang terjejas dan kini ditempatkan sementara di balai raya kampung tersebut.

Kebakaran yang berlaku di Kampung Contoh, Petagas pada 16 Jun lalu telah mengakibatkan sebanyak lebih 10 buah rumah musnah dalam kebakaran.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.