HomeIsu tempatan‘Green Attitude’ fokus aspek psikologikal,sosial, persekitaran dan ekonomi

‘Green Attitude’ fokus aspek psikologikal,sosial, persekitaran dan ekonomi

Read Time:1 Minute, 42 Second

KUNDASANG: Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan Program ‘Green Attitude’, sebuah program yang memfokuskan aspek psikologikal, sosial, persekitaran dan ekonomi, di sini,  baru-baru ini.

Bertempat di Kampung Mesilau, aktiviti itu dikendalikan pelajar tahun tiga, Program Pembangunan Belia dan Komuniti FPP di bawah penyelarasan Pensyarah Kursus Sikap dan Perubahan Sikap FPP, Dr. Getrude Cosmas.

Menurut Getrude, program itu dianjurkan selama dua hari dengan kerjasama Kundasang Aquafarm.

“Penganjurannya antara lain menyasarkan golongan belia yang sedang mengikuti latihan praktikal di Kundasang Aquafarm serta belia di Kampung Mesilou.

“Bertemakan ‘Seeds of change, growth and prosperity’,  program ini dilaksanakan berasaskan pendekatan Psikologi Sosial dan Agronomi yang mana tiga elemen sikap iaitu pemikiran, emosi dan psikomotor diterapkan dalam semua aktiviti berpandukan kepada Yale Model,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Getrude berkata, pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program itu berlangsung, antaranya perkongsian pengalaman aktiviti hijau serta sesi ceramah tentang penanaman hijau.

“Para peserta juga turut menjalani aktiviti mereka bentuk poster untuk mempromosi dan memasarkan produk hijau seperti sayuran Pak Choy, koral hijau dan merah. 

“Selain itu, turut diadakan aktiviti star gazing dan acara mendaki bukit (hiking) yang kemudiannya disusuli dengan  aktiviti penanaman pokok bunga di puncak bukit Sosodikon,” katanya.

Menyentuh mengenai modul ‘Green Attitude’, Getrude memberitahu ia dihasilkan dengan kerjasama ahli akademik daripada pelbagai disiplin bagi menerapkan sikap dan tingkah laku positif kepada masyarakat untuk lebih menghargai alam sekitar.

“Modul ini direka bentuk menerusi percambahan idea daripada Pengarah Pusat Pengurusan Ecofarm UMS merangkap Pensyarah Kanan Fakulti Pertanian Lestari (FPL) Ts. Dr. Januarius Gobilik  (Agronomi – Multidisiplin), Pengurus Kundasang Aquafarm Azizul Julirin, serta saya sendiri selaku Pensyarah Kanan FPP dalam bidang Psikologi Sosial.

“Pada kesempatan ini, saya bagi pihak penganjur juga ingin merakamkan setinggi ucapan terima kasih kepada Dekan FPP UMS, Prof. Dr. Murnizam Hj. Halik yang sentiasa memberikan sokongan penuh daripada awal perancangan sehingga kepada perlaksanaan dengan jayanya Program ‘Green Attitude’  ini,” katanya.

Hadir sama Ketua Penganjur Program tersebut yang juga merupakan pelajar Tahun 3 Program Pembangunan Belia dan Komuniti FPP, Mohd Naseeir Mohamed Hamzan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya