HomeIsu tempatanJTDLKM di Sabah beri ruang pengguna peroleh barang keperluan harian

JTDLKM di Sabah beri ruang pengguna peroleh barang keperluan harian

Read Time:1 Minute, 56 Second

KOTA KINABALU: Program Khas Jualan Terus Dari Ladang Keluarga Malaysia (JTDLKM) yang dilaksanakan di beberapa buah daerah di Sabah berjaya memberi ruang kepada pengguna untuk mendapatkan barangan keperluan harian.

Menerusi program itu juga ianya dapat memberi nilai penjimatan kepada pengguna sekurang-kurangnya lima hingga 10 peratus dari harga pasaran setempat bagi produk terpilih.

Antara lokasi JTDLKM yang dilaksanakan di negeri ini adalah seperti di Pasar2tani dan pasar tamu di daerah Sandakan; Kota Kinabalu; Ranau; Kinabatangan; Keningau; Tawau; dan Papar.

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Sabah dalam satu kenyataan berkata, menerusi program itu juga seramai 200 peserta atau peniaga telah menyertai JTDLKM.

“Program yang diadakan di Sabah ini melibatkan tujuh lokasi dimana satu hingga dua kali seminggu dilaksanakan mengikut lokasi yang ditetapkan.  Selain di Sabah, program ini juga turut dilaksanakan di Labuan.

“Menerusi program ini juga kita telah mensasarkan hasil pendapatan jualan adalah sebanyak RM500,000 sehingga Ogos depan,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

JTDLKM ini juga selaras dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menghidupkan semula konsep Jihad Memerangi Orang Tengah yang bertujuan untuk memendekkan rantaian pemasaran agromakanan bagi memberi harga yang terbaik kepada pengguna.

Program khas JTDLKM ini merupakan kerjasama tiga agensi di bawah MAFI iaitu FAMA, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) akan dilaksanakan di lokasi kawasan perumahan, pejabat kerajaan dan projek-projek peruncitan bimbingan agensi-agensi.

Komoditi terpilih yang ditawarkan adalah ayam, ikan, sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan barangan runcit.

FAMA turut mempromosikan Ekspo Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia 2022 (MAHA 2022) yang bakal diadakan pada 4 Ogos hingga 14 Ogos 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

Tema penganjuran MAHA 2022 tahun ini iaitu ‘Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan’ bertepatan dengan cabaran yang sedang dihadapi negara dan global ketika ini.

Pihak MAFI juga menyasarkan hasil jualan melebihi RM250 juta dengan kunjungan 100,000 orang setiap hari.

FAMA terlibat secara langsung dalam penganjuran MAHA 2022 di dalam beberapa kluster iaitu Empayar Makanan yang akan menyajikan makanan Keluarga Malaysia, Castle of Fruit pula akan mempromosikan fruit of the event iaitu Keluarga Artocarpus seperti Cempedak, Nangka, Nangchem dan Sukun serta kluster Agrotrade, Food Truck Fiesta.

Ini secara tidak langsung memberi peluang kepada hampir 174 usahawan untuk menyertai luang perniagaan yang disediakan oleh FAMA sempena MAHA 2022.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Sambutan Pesta Kaamatan daerah Tuaran bermula 4 Mei ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya