Tanpa MA63, tiada Malaysia – Maximus

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 17 Second

PARLIMEN – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Maximus Ongkili menolak cadangan untuk mengadakan Perjanjian Malaysia baru bagi menggantikan Perjanjian Malaysia 1963.

“Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) adalah asas pembentukan Persekutuan Malaysia. Tanpa MA63, tiada Malaysia. MA63 sama dengan batu sumpah,” katanya kepada Dewan Rakyat semasa sesi pertanyaan menteri hari ini.

Katanya, MA63 termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan sebarang perubahan dalam MA63 akan terpesong daripada tujuan pembentukan Malaysia.

“mana-mana ahli politik, dia berkata sebarang pandangan mengenai perjanjian baru Malaysia adalah pandangan yang terpesong daripada perjuangan nasionalisme negara 

“Apabila perjanjian Malaysia diabaikan maknanya membelakangkan persekutuan Malaysia,” katanya menjawab soalan Mohd Azis Jamman (Warisan-Sepanggar).

“MA63 amat penting kerana tanpanya tidak akan ada rujukan dan asas untuk membincangkan isu-isu yang dapat memberikan manfaat kepada Sabah dan Sarawak.

“Kita harus memberi tumpuan kepada perkara seperti sama ada perkara yang dipersetujui semasa pembentukan Malaysia telah dipatuhi dan sama ada hak itu ada yang masih belum dipenuhi, maka tanggungjawab kita untuk sama-sama memastikan ia dilaksanakan.

“Kita seharusnya bersatu padu membina untuk kekuatan, keamanan dan perpaduan di negara ini demi anak-anak dan cucu cicit kita.

“Kita perlu elakkan bermain dengan semantik dan politik kerana ia tidak akan membawa lebih kebaikan daripada kemunduran khas dari segi kesatuan dan kesepaduan Keluarga Malaysia,” kata Maximus yang juga ahli parlimen Kota Murudu.

Aziz sebelum itu meminta kerajaan menjawab cadangan ahli politik termasuk Ahli Parlimen Keningau berhubung keperluan mengadakan perjanjian baru menggantikan MA63 dan implikasi kepada wilayah Sabah dan Sarawak sekiranya Perjanjian Malaysia 1963 dibatalkan dan digantikan dengan perjanjian baru.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *